• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dyson Tamatkan Hubungan Dengan Pembekal Malaysia

oleh Mohd Arshad
25/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dyson telah menamatkan hubungannya dengan pembekal ATA IMS Bhd berikutan audit terhadap amalan buruh dan beberapa dakwaan lain ke atas syarikat Malaysia itu oleh pemberi maklumat.

Firma Britain yang terkenal dengan pembersih vakum berteknologi tinggi itu memberitahu Reuters bahawa ia telah mengarahkan siasatan audit keadaan kerja di ATA awal tahun ini, dan keputusannya diterima pada 4 Oktober lalu.

Selain itu, Dyson juga telah dimaklumkan pada September lalu oleh pemberi maklumat yang membuat dakwaan mengenai tindakan yang tidak boleh diterima oleh kakitangan ATA dan segera menugaskan sebuah firma undang-undang antarabangsa untuk menyiasat lanjut, katanya.

“Di sebalik pembabitan yang kerap sejak enam minggu lalu, kami tidak melihat kemajuan yang mencukupi dan telah mengeluarkan beberapa barangan,” kata Dyson dalam satu kenyataan kepada Reuters.

“Kami sekarang telah menamatkan hubungan dengan notis kontrak selama enam bulan.”

ATA, yang membuat alat ganti untuk pembersih vakum dan pembersih udara Dyson, tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.

Menurut ATA, Dyson menyumbang hampir 80 peratus daripada pendapatannya.

ATA pada Mei lalu menafikan dakwaan buruh paksa di kilangnya selepas seorang aktivis hak asasi terkemuka berkata pihak berkuasa Amerika Syarikat akan meneliti amalan kerja syarikat itu.

-Malaysia Kini

Tags: ATAdysonhubungan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sanusi Dakwa Ada ‘Little Napoleon’ Keruhkan Hubungan Dengan PM

Sanusi Dakwa Ada ‘Little Napoleon’ Keruhkan Hubungan Dengan PM

29/11/2023
0

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wujud permainan 'Little Napoleon' yang cuba mengeruhkan hubungannya bersama...

Sweden Mahu Kukuhkan Hubungan Dengan Negara Islam

Sweden Mahu Kukuhkan Hubungan Dengan Negara Islam

06/08/2023
0

LONDON: Sweden mahu mengukuhkan hubungan dengan negara Islam, kata Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom, ketika Stockholm berdepan kritikan atas insiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd