Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Bimbang Isu Nasib...

LUAHAN... “Saya berharap PH (Pakatan Harapan) tidak berpolemik politik sebaliknya mereka perlu tumpu...

Gaji Minimum Pekerja Mahir...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan...

MAHA 2016 Raih RM20...

KUALA LUMPUR - Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016...

Sultan Pahang Berangkat Ke...

KUANTAN - Lebih 30,000 rakyat negeri ini membanjiri Taman Esplanade di sini malam...

Elak Guna Individu Tidak Layak Urus Cukai

JANGAN mudah meyakini tawaran mana-mana pihak yang mendakwa mereka boleh menguruskan hal percukaian anda.

Pastikan mereka adalah ejen cukai yang sah dan layak di sisi undang-undang terlebih dahulu untuk mengelakkan masalah.

Mynewshub.tv

Mungkin yuran perkhidmatan dikenakan oleh mereka adalah rendah, tetapi banyak risiko perlu ditanggung.

Ejen cukai yang sah mesti diberi kelulusan oleh Menteri Kewangan mengikut Seksyen 153(3) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Pembayar cukai boleh menyemak senarai ejen-ejen cukai yang sah di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Terdapat beberapa masalah yang boleh timbul sekiranya anda menggunakan khidmat ejen cukai yang tidak sah.

Pertama ejen cukai tidak sah boleh menyebabkan pembayar cukai tidak mendapat nasihat yang tepat atau jelas kerana kurang mahir.

Terutama berhubung peruntukan undang-undang percukaian termasuk penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).


Kedua mereka tidak bertanggungjawab ke atas pembayar cukai jika tindakan undang-undang diambil ke atas pembayar cukai.

Ketiga mereka tidak boleh mewakili pembayar cukai sekiranya tindakan audit atau siasatan dijalankan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Keempat ejen cukai yang tidak sah tidak boleh mewakili pembayar cukai dalam sesuatu pertikaian di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.

Kelima perbuatan menawarkan menguruskan hal percukaian merupakan satu kesalahan mengikut peruntukan Subseksyen 120(1) (d) (ACP) 1967.

Boleh didenda RM200 hingga RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mereka juga boleh didakwa mengikut peruntukan Subseksyen 114(1A) iaitu kesalahan memberi nasihat untuk menyediakan BNCP yang mengakibatkan cukai terkurang lapor bagi seseorang.

Jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 hingga RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. – Mynewshub.TV

Kategori