Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Thailand Sahkan Kes Koronavirus...

BANGKOK - Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini mengesahkan kes kelima novel koronavirus...

Remaja Nyaris Buta Akibat...

ALAHAI... Gara-gara mahu kelihatan cantik, seorang remaja dari Victoria, England nyaris buta selepas...

Pencalonan GTA Di DUN...

PEKAN - Borang penamaan calon Gabungan Tanah Air (GTA) bagi Dewan Undangan Negeri...

Pengguna KLIA Dan KLIA2...

PENUMPANG yang menggunakan perkhidmatan di KLIA dan KLIA 2 dinasihatkan hadir awal untuk...

Elfira Loy Dalam Proses Sedia Jadi Isteri Sufian Suhaimi

TAHNIAH buat pelakon, Elfira Loy yang bakal bertunang pada Oktober depan. Elfira dikatakan begitu berdebar menantikan saat itu.

Ekoran itu, pelakon ini dikatakan sudah mula bersedia membuat persediaan sebelum memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri atau nama pentas, Elfira Loy berkata kini dia banyak melatih diri untuk melakukan kerja-kerja rumah termasuk belajar memasak.

Baginya apabila bergelar seorang isteri, dia perlu melakukan banyak persediaan. Latihan rutin seperti memasak dan mengemas amat penting.

“Apabila nak bergelar seorang isteri, saya perlu ada persediaan dan kini proses pembelajaran itu bermula sejurus selepas selesai solat Subuh.

“Kebiasaannya ibu dan bapa saya tak benarkan saya tidur semula selepas solat sebaliknya mereka minta saya berlatih untuk lakukan kerja rumah seperti mengemas dan memasak.

“Latihan itu supaya boleh menjadi rutin harian tetapi bukanlah saya tak pernah buat kerja rumah tetapi sebelum ini kurang masa sebab sibuk dengan kerja,” katanya dipetik mStar Online.

Sebelum ini, Elfira dilihat telah mengesahkan akan bertunang dengan Sufian pada Oktober depan. Pasangan ini dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.

BACA : Sufian, Elfira Bertuang Oktober Ini

Sufian yang dilihat begitu serius telah mengambil keputusan untuk menghantar rombongan merisik pada Jun lalu walaupun mereka baru sahaja tiga bulan berkawan.

“Sebelum ini saya ada juga kenal dan berkawan dengan beberapa orang lelaki tetapi semuanya tidak menjadi sebab mereka tidak serius.


“Saya bagi masa tiga bulan, kalau tak ada apa-apa, cukup sampai di situ sahaja. Tapi dengan Sufian ini saya nampak keikhlasan dan kesungguhan dia nak tawan hati saya.

“Selepas kami berkawan tiga bulan terus dia merisik untuk buktikan yang dia serius dengan hubungan ini,” kata Elfira.

Dalam pada itu ketika ditanya tentang perkembangan karier pula, Elfira mengatakan bakal memasuki lokasi penggambaran drama terbaru pada bulan depan selepas dilihat hampir dua tahun tidak aktif dalam lakonan.

“Selepas hampir dua tahun saya tak aktif, Insya-Allah bulan hadapan saya akan mula menjalani penggambaran drama.

“Sebelum ini saya sibuk menguruskan kedai makan dan memberi ceramah motivasi tentang perniagaan di kolej dan sekolah,” ujarnya.

Elfira mula menempa nama dengan watak popular dalam Cinta Itu Buta Biar Mimpi Sampai Ke Bintang , Selaginya Ada Cinta dan Chinta.

Selain itu, dia juga pernah popular menerusi watak Qalesya dalam drama bersiri Qalesya yang ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan di Astro Prima pada tahun 2009 dan 2010.– MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori