Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

AGC Bantah Permohonan Daim,...

KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman...

Wanita Topless Di Pantai...

SEKUMPULAN wanita di Brazil membuat demonstrasi dengan membuka bikini/coli mereka ketika bersantai di...

Industri Inap Desa Raih...

TEMERLOH - Industri inap desa negara mencatatkan pendapatan mencecah RM30 juta setahun melibatkan...

Batalkan ‘Transfer’ Jika KAFA...

KOTA BHARU - Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa...

Elizabeth Tan Dikecam Peminat Taylor Swift

KUALA LUMPUR – Penyanyi Elizabeth Tan diserang peminat Taylor Swift dalam laman sosial selepas mengeluarkan kenyataan salah tentang penyanyi antarabangsa itu. 

Menerusi satu video temu bual dalam Mamak Session Podcast yang tular dalam laman Twitter malam semalam, Elizabeth mengeluarkan kenyataan bahawa Swift tidak mencipta sendiri lagu-lagunya, sebaliknya ia merupakan hasil kerja individu lain. 

Kenyataannya itu kemudian mendapat perhatian peminat Swift yang berang dan menyifatkan Elizabeth tidak membuat kajian sebelum mengeluarkan kata-kata. 

“Pastikan fakta anda betul. Taylor Swift menulis sendiri hampir kesemua lagunya. Album Speak Now adalah contoh terbaik. Jangan cakap kalau anda tidak pasti tentang sesuatu perkara,” tulis seorang pengguna Twitter. 

Sedar dengan kesilapan yang dilakukan, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy kemudian membuat permohonan maaf menerusi laman Twitternya. 


“Saya mohon maaf atas setiap kenyataan yang saya keluarkan ketika temu bual itu berlangsung. 

“Niat saya cuma mahu menghargai insan-insan berbakat yang terlibat dalam industri. Taylor Swift seorang yang berbakat dan tiada apa dapat mengubahnya,” tulisnya. – K! ONLINE

Kategori