Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Agong Disambut Selaku Ketua...

KUALA LUMPUR - Tiupan nafiri 14 anggota pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat mengiringi...

Sangap! Perbualan Ibu Dan...

JIJIK lagi menjelekkan! Itulah yang kami rasai tatkala membaca screen shoot perbualan lucah...

Mat Sabu Akui Canggung...

BERSEJARAH... Mohamad Sabu hari ini secara rasminya memulakan tugas sebagai Menteri Pertahanan yang...

Penduduk Thailand Dibenarkan Tanam...

BANGKOK : Bermula hari ini, penduduk Thailand dibenarkan untuk menanam pokok ganja di...

Ella Dan Suami Rancang Ambil Anak Angkat

SETELAH tiga tahun mendirikan perkahwinan, ratu rock negara Ella dan suami, Azhar Ghazali merancang untuk mengambil anak angkat kerana setakat ini rezeki masih belum berpihak kepada mereka untuk mempunyai anak.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Kamarudin, 49, berkata dia dan suaminya sudah lama memikirkan mengenai hal itu selepas teruja melihat ramai rakan selebriti lain melakukan perkara yang sama.

Azhar Ghazali dan Ella sewaktu majlis pernikahan mereka tiga tahun lalu.
Azhar Ghazali dan Ella sewaktu majlis pernikahan mereka tiga tahun lalu.

“Memandangkan kami masih belum mempunyai anak, saya dan suami terfikir juga untuk ambil anak angkat. Rasa seronok pula lihat rakan-rakan yang jaga anak angkat. Apatah lagi kita buat kebajikan membantu anak-anak yang tiada keluarga.

“Sehingga kini kami masih berusaha untuk dapatkan anak dan jujurnya kami tidak tertekan kerana percaya Allah tentukan rezeki kami. Setiap hari orang bertanya, “bila nak ada anak” dan kami dah lali dengan soalan seperti itu,” kata Ella.

Namun tambahnya, hajat itu tidak boleh dilakukan dalam masa terdekat kerana jadualnya yang padat sehingga ke tahun hadapan.


Semoga hasrat Ella untuk memiliki anak akan dimakbulkan suatu hari nanti. – MStar Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=mw2O-gjq9iA]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori