Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

Kes Bunuh Dr. Fadi:...

BAGAN DATUK - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti jenis senjata dan...

Kanak-Kanak Mati Dibunuh, Disumbat...

TRAGIS... Dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dan 12 tahun, telah dibunuh dengan...

Video: Gelagat Bengah Dan...

KEPERITHATINAN dan nilai kasih sayang yang dipamerkan oleh seorang abang terhadap adiknya yang...

Anak-Anak Najib Teruskan Perjuangan...

KUALA LUMPUR : “Dia sentiasa tenang walaupun dalam kesusahan.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian kenyataan ringkas Norashman...

Erra Fazira Akhirnya Akui Bercinta Dengan Shahir AF

SETELAH beberapa tahun heboh tentang gosip dirinya bercinta dengan Shahir Zawawi, Erra Fazira akhirnya mengakui menjalin hubungan istimewa dengan juara Akademi Fantasi musim-8 itu.

Pengakuan itu dibuat susulan, Shahir telah membuka mulut mengenai status hubungan mereka.

Menurut Erra, 42, keluarga Shahir telah merestui hubungan mereka namun masih belum ada perbincangan di pihak keluarganya.

Erra Fazira Akhirnya Akui Bercinta Dengan Shahir AF
Erra Fazira dan Shahir AF

Pun begitu, Erra menafikan khabar angin yang mereka sudah mempunyai tarikh bagi melangsungkan hari bahagia.

“Dia (Shahir) yang patut buka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius.

“Apapun, saya berasa lega kerana ibaratnya separuh beban saya sudah diluahkan oleh dia. Namun, dakwaan yang mengatakan kami akan bertunang atau berkahwin selepas hari raya ini sama sekali tidak benar.


“Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana masih terlalu awal dan belum lagi memasuki fasa seterusnya.

“Saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perhubungan ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh saya mengharapkan perkahwinan kali ini yang terakhir dan kekal selamanya,” katanya kepada BH Online. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori