Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga Runcit Petrol RON97...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 12 sen kepada RM2.80...

Suspek Utama Serangan Di...

STRASBOURG/PARIS - Lelaki bersenjata yang menembak mati tiga mangsa di pasar Krismas di...

Tuanku Abdul Halim Disenangi...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang...

Buaya Dilayan Macam Bayi...

JANGAN terkejut, buaya juga boleh menaiki motosikal. Keadaan ini boleh disaksikan di Florida,...

Erra Tak Masuk Campur, Mohon Shahir Selesai Sendiri

SETELAH sekian lama hanya mendiamkan diri semenjak isu panas melibatkan Shahir, kini Erra Fazira tampil memberi kenyataan berkenaan perkara itu.

Fazira Wan Chek atau Erra Fazira berharap agar Shahir dapat bertanggungjawab dan segera menyelesaikan isu yang sedang hangat ini.

Baca: Shahir Dah Nafikan, Mona Pula Pertahankan?

Juga: Shahir Tarik Diri, Ewal Dedah Perangai Sebenar Mona

Bagi primadona negara itu, dia menganggap apa yang terjadi ini ada hikmah di sebaliknya, namun wanita berusia 43 tahun itu tidak mahu menulas panjang dan hanya memberi kenyataan pendek sahaja berkenaan isu itu.

“Saya rasa dia (Shahir) yang berhak meleraikan semua ini.

“Saya mengharapkan dia akan bertanggungjawab di atas apa yang terjadi. Tak perlu berselindung dan sebaiknya dia perlu berani menamatkan apa yang dimulakan,” kata Erra dipetik daripada BH Online.

Pelakon filem Janji Diana itu dikatakan akan tetap mendoakan kejayaan Shahir dalam konsert akhir AF Megastar pada Ahad ini.

“Saya percaya, dia kena fokus pada persiapan menjelang pertandingan akhir itu,” tambah ibu kepada Engku Aleesya itu.


Namun bila ditanyakan mengenai status hubungannya bersama dengan Shahir dan termasuk kenyatan Shahir untuk memperisterikan dirinya, Erra tidak mahu membincangkan mengenai perkara itu.

Lagi: Shahir, Erra Bakal Disatukan Tahun Depan?

Mungkin kerana sekarang tengah sibuk tentang kontoversi Shahir dan Mona, jadi Erra lebih memilih untuk tidak mengulas mengenai niat baik Shahir itu.

Ini lah sebenarnya yang dikatakan professional bila kita tak masuk campur walaupun kontoversi itu melibatkan orang yang rapat dengan kita.

Sejak penglibatannya di dalam dunia seni lebih daripada 20 tahun, Erra kelihatan lebih matang untuk menghadapi isu-isu seperti ini.

Semoga lepas ni kontoversi antara Shahir dan Mona akan segera diselesaikan dan jika benar Erra bakal disunting tahun depan, pasti ramai yang mendoakan mereka. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori