Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Eksport, Import Kasar Dijangka...

KUALA LUMPUR – Eksport kasar Malaysia dijangka meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM917.5...

Lee Chong Wei, Lin...

KUCHING - Dua jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei serta Lin Dan...

VIDEO : Keselamatan Petugas...

Selain memastikan negara bebas daripada jangkitan penyakit maut bawaan virus, Ebola yang kini...

Wanita Digigit Anjing Peliharaan...

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Kedah hari ini mengesahkan seorang wanita berusia 53...

Farahdhiya Dah Tak Ambil Kisah Jika Tidak Dikenali

PENYANYI, Farahdhiya yang sebelum ini heboh menjadi bualan netizen berikutan kontroversi menerima gambar lucah, terkini mengakui sudah tidak kuasa untuk disanjung.

Farah atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin memberitahu pihak media dengan pengalaman selama 13 tahun dalam bergelar anak seni, baginya kini bukan lagi waktu untuk dia melobi diri bagi raih sebarang publisiti.

Dia berkata lebih rela tidak dikenali sekiranya ketika berada di luar kerana pengalaman diserbu peminat sudah dilaluinya suatu masa dahulu.

“Entahlah, dalam usia dan pengalaman yang saya lalui sebagai artis rasa macam dah tak kuasa nak disanjung-sanjung. Lebih baik orang tak kenal saya bila saya keluar ke mana-mana

“Tapi kalau ditegur, saya tiada masalah nak melayan dan tetap menghargai setiap sapaan yang diberi dengan mesra,” katanya lapor mStar Online.

Tambahnya lagi, sekarang mungkin waktu untuk dirinya memikirkan soal dan nilai-nilai yang eksklusif tanpa perlu kerap menonjolkan di diri di mana-mana majlis tanpa sebab.

Dalam pada itu, Farah mengakui dia amat mengagumi bagaimana cara penyanyi kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah yang terus membawa diri.

Sekali gus meletakkan nama penyanyi itu pada kedudukan yang dilihat cukup eksklusif.

“Jarang kita tengok Dayang keluar kat mana-mana namun nilai dia mahal dan eksklusif untuk persembahan korporat dan kalau boleh saya nak jadi seperti itu,” ujarnya


Farah tidak pernah kisah sekira dirinya hanya dikenali daripada lagu semata-mata.

Bagi dia, selagi lagu Bertakhta Di Hati masih diterima peminat, itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa dia masih wujud di dalam industri hiburan.

“Tidak saya nafikan lagu Bertakhta Di Hati banyak berjasa dalam kerjaya nyanyian saya dan saya harus akui ia adalah satu-satunya lagu yang benar-benar melekat di jiwa peminat.

“Lebih membanggakan, saya turut diberitahu lagu tersebut sentiasa berada dalam carta lagu pilihan di pusat-pusat karaoke dan pada saya itu adalah satu pencapaian bila mana generasi baru yang bukan sezaman dengan lagu itu turut tahu menyanyikannya,” kata Farah.

Terbaiklah! Tak macam segelintir artis baru nak up tu, sanggup buat macam-macam hanya untuk popular…

Apa-apapun, semoga terus maju jaya ya buat Farahdhiya! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori