Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Sederhana Di...

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter berlaku...

Demi Anak Sakit Leukemia,...

Semata-mata untuk mencari dana merawat penyakit anaknya yang menghidap Leukemia, seorang lelaki di...

MBSA Nafi Datuk Bandar...

SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan Datuk Bandar Shah Alam,...

Apakah Vape, Alternatif Terbaik...

KUALA LUMPUR - Meskipun ada pendapat bahawa penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau lebih...

Fathia Suruh Iqram Dinzly Bunuh Diri Di IG Live?

PELAKON sensasi, Fathia Latiff kembali mencuri perhatian umum menerusi media sosial gara-gara mengeluarkan kenyataan biadab terhadap aktor Iqram Dinzly.

Baru-baru ini, Fathia dilihat sama ‘mencelah’ sewaktu Iqram sedang berkongsi video melalui aplikasi Instagram Live miliknya.

Tetapi apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan biadab Fathia yang memberi cadangan kepada Iqram agar membunuh diri? Haaa…. biar betul?

Menerusi foto yang tular itu, Fathia pada mulanya dilihat mengemukakan persoalan yang tidak berasas kepada Iqram.

Namun tidak lama selepas itu, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku apabila Fathia tampil dengan kenyataan ‘berani’ yang mencadangkan agar Iqram membunuh diri.

Kenyataan yang dibuat oleh Fathia itu mengundang kemarahan netizen yang mana rata-rata beranggapan pelakon itu tidak sepatutnya berkata sedemikian meskipun mungkin niatnya sekadar bergurau.


Melampau… Mana sikap sebagai seorang selebriti yang sepatutnya memberi contoh teladan baik kepada peminat?

Sebagai rakan artis, Fathia sepatutnya memberi kata-kata semangat buat Iqram yang ketika ini sedang mengalami tekanan bukan sengaja mencetuskan lagi kontroversi dan provokasi liar. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori