HAMPIR setiap bulan ada sahaja kontroversi melibatkan nama pelakon, Fathia Latiff bertebaran di atmosfera seni tanah air.
Bermula dengan insiden aksi berahi di aplikasi Bigo beberapa bulan lepas, pelakon ini terus menjadi buah mulut dalam kalangan netizen.
Malah, terdapat juga dalam kalangan mereka yang melabelkan Fathia ini sebagai selebriti yang penuh bermasalah bagi tahun 2017.
Terbaharu, Fathia dikatakan buat hal lagi. Menerusi laporan sebuah portal online, aktres ini dikatakan sekali lagi kembali dengan persoalan ‘bodohnya’ menerusi laman Twitter.
Ia melibatkan isu berkaitan pengenalan perkataan baharu bahasa Malaysia diperkenalkan Jawatankuasa Istilah Semasa & Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Fathia menerusi salah satu tweet di laman Twitter miliknya dilihat mempersoalkan perkaitan penggunaan istilah ‘tunafoto’ untuk perkataan ‘Photobomb’.
“Kenapa nak kena tunafoto, kenapa tak fotobom or bomfoto. Dari mana datangnya ikan???,” tulisnya menerusi posting berkenaan.
Perkongsian itu ternyata menarik perhatian di mana rata-rata antara mereka dilihat berusaha menerangkan secara terperinci perkaitan antara ‘tuna’ dan ‘foto’ yang menjadi persoalan kepada Fathia.
Meskipun Fathia teruk ‘dikritik oleh netizen, namun terdapat juga segelintir pihak yang dilihat mempertahankan tindakan anak jati kelahiran Pulau Pinang itu.
“Ini Twitter dia, kot suka hati dia lah nak tweet apa pun,” tulis seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Uncle Bobby.
Sementara itu, pelakon ini dilihat tidak hanya berdiam diri sebaliknya bertindak membalas segala kritikan itu dalam satu lagi tweet yang berasingan.
“Kalau tak boleh nak melawak, jangan jadi manusia. jadi ikan,” tulisnya.
Alahai… Dah tak tahu nak komen apa. Sudah-sudahlah tu Fathia oi… – MYNEWSHUB.CC/AM