MESKIPUN sentiada dikritik kerana tidak boleh menyanyi, namun haters Fazura boleh menangis kerana dua singlenya iaitu Bisa Apa dan Bangun mendominasi dua tangga teratas iTunes Malaysia.
Kejayaan berkenaan ternyata amat bermakna buat Fazura kerana tidak menyangka lagunya terus mendapat sambutan hangat sebaik sahaja dilancarkan dalam platform digital itu,
“Alhamdulillah, lagu Bisa Apa berjaya menduduki tempat pertama selepas sejam dilancarkan manakala Bangun pula lonjak ke tangga kedua daripada kedudukan keempat sebelum ini,” katanya.
Bintang Hero Seorang Cinderella itu menitiskan air mata kegembiraan dan terharu sebaik mendapat tahu kejayaan dua single berkenaan.
“Air mata yang mengalir ini adalah tanda kegembiraan dan terima kasih diucapkan kepada semua peminat yang menyokong saya selama ini,” katanya.
Bisa Apa yang dirakamkan di Indonesia, Mac lalu dicipta Tantra Numata dan Mhala Numatra. Bangun yang liriknya menceritakan mengenai sikap positif pula adalah nukilan komposer tempatan, Ilyahida. – MYNEWSHUB.CC