Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Disangka Gula-Gula, Budak Tertelan...

DISEBABKAN kecuaian ibu bapanya, seorang kanak-kanak dari China yang berusia tiga tahun menanggung...

Masih Tiada Tindakan Diambil...

PUTRAJAYA - Masih tiada tindakan diambil oleh UMNO terhadap anggotanya Tan Sri Dr...

Enggan Pakai Solekan Pada...

SEKEPING gambar yang memaparkan seorang pengantin perempuan, Bisola Umoren telah mencetuskan perdebatan di media...

Najib Boleh Cabar Muhyiddin...

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa,...

Afgan Pilih Fazura Teman Duet Konsert Jelajah Sides

MESKIPUN nyanyiannya dikritik oleh ramai pihak yang disifatkan sebagai hancur dan tidak pantas menyanyi, namun Fazura sangat bertuah kerana menjadi selebriti pilihan penyanyi terkenal Indonesia, Afgan untuk berkongsi pentas dalam konsert jelajah Sides.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza yakin dengan kemampuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh aktress cantik itu setelah meneliti dari pelbagai aspek termasuk nyanyian dan muzik video milik Fazura.

Menurut jejaka tampan berusia 27 tahun itu, gabungannya dengan Fazura dalam konsert yang bakal berlangsung itu nanti merupakan batu loncatan untuk Fazura membuktikan bakatnya.

Fazura Pilihan Hati Afgan Duet Konsert Jelajah Sides

“Tidak adil untuk terus menilainya hanya kerana kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Saya sebagai penyanyi juga bukan selalunya sempurna ketika mengadakan persembahan dan seharusnya dia diberi peluang untuk membuktikan diri.


“Saya yakin dengan kredibilitinya sebagai penyanyi walaupun kami tidak pernah bekerjasama sebelum ini,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Afgan lagi, walaupun lagu yang bakal dinyanyikan oleh Fazura belum lagi ditentukannya namun dia percaya pemilihan lagu tersebut pasti bersesuaian dengan vokal Fazura.

Konsert jelajah Sides akan diadakan pada 24 Disember ini di Stadium Miri Sarawak dan Johor Bahru pada tahun hadapan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori