Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lelaki Dicekup Khalwat Bersama...

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga asing dicekup berkhalwat bersama dua gadis tempatan...

Isu Orang Asli: Najib...

ALAHAI... Setelah kantoi seorang senator Pakatan Harapan (PH) ugut Orang Asli, kali ini...

Warisan Sebahagian Dari Pakatan...

KIMANIS - Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan mendakwa Warisan adalah parti Pakatan Harapan...

Bantuan Tak Dapat Diberi,...

Nampaknya situasi terkini yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir dilihat semakin meruncing dan bertambah...

Fizo Omar Sahkan Isteri Hamil 2 Bulan

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan Fizo dan Mawar Abdul Karim kerana penantian empat tahun mereka berakhir apabila pelakon itu mengesahkan bahawa isterinya sedang hamil dua bulan.

Perkara itu dimaklumkan kepada umum oleh menerusi sebuah video yang dimuat naik Fizo di Instagram miliknya semalam.

Baca: Fizo Omar Bakal Timang Anak Sulung?

Semalam, berita gembira kehamilan Mawar itu diumumkan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat melalui Facebook.

Katanya, Mawar hamil selepas menjalani beberapa pembedahan dan mendapat beberapa rawatan susulan.

Fizo Omar Sahkan Isteri Hamil 2 Bulan
Imbasan kandungan Mawar yang dikongsikan oleh Dr. HamidcArshat melalui Facebook.

“Setelah menjalani pembedahan dan berbagai rawatan susulan akhirnya dengan izin dan rahmat Allah SWT Mawar hamil.

“Sekarang dalam peringkat awal kehamilan. Dalam keadaan biasa, risiko gugur sebelum 12 minggu kehamilan adalah dalam lingkungan 10 peratus. Risiko ini meningkat bagi mereka yang mengalami masalah kesuburan dan khususnya yang menjalani pembedahan pada peranakannya,” tulis pakar perubatan itu di laman sosial Facebook miliknya.

Dr. Hamid turut memberi nasihat dan memberi panduan kepada pasangan itu untuk menjaga kehamilan tersebut.


“Rehat banyak-banyak, tenangkan fikiran dan kurangkan kerja-kerja berat serta perjalanan jauh dan tangguhkan penerbangan.

“Pada asasnya kurangkan stress kerana ia boleh mencetuskan kuncupan rahim dan seterusnya mengancam untuk gugur,” ujarnya.

Dr. Hamid turut meminta Mawar agar makan makanan berzat dan berkhasiat segar dan mentah selain lebihkan buah-buahan dan sayur jus buah dan salad.

Dia turut meminta orang ramai agar terus mendoakan kehamilan Mawar sehingga selamat melahirkan seorang cahaya mata.

Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar Abdul Karim, 28, pada 10 November 2013. – MYNEWSHUB.CC

Kategori