Sunday, October 20, 2024

Creating liberating content

Anak Ganti Ahmad Dhani...

ANAK kepada penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Dul Jaelani mengesahkan bakal mengganti...

Kecoh Pemilihan, PKR Tunggu...

KULIM - PKR menunggu siasatan polis selesai terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil...

Caj Wad Kelas 1,...

KUALA LUMPUR - Caj perkhidmatan wad untuk pesakit kelas satu dan dua akan...

Pemandu Rentung Kereta Rempuh...

Bandar Baharu - Seorang mangsa rentung selepas kereta dipandunya terbakar apabila terbabit kemalangan...

Floor 88 Bukan Jenis Kaki Perempuan

SELEPAS single sulung mereka, Zalikha berjaya mendapat tempat di hati pendengar, kumpulan Floor 88 tampil dengan single terbaharu mereka yang berjudul Aqilah.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Floor 88 masih menggunakan nama wanita dalam single terbaharu mereka sebagai salah satu cara mereka menghargai insan bergelar perempuan.

Bagaimanapun, jelas vokalis kumpulan tersebut, Nik Fadlee Elhamshah atau Ayie, itu tidaklah bermakna mereka semua adalah ‘kaki perempuan’.

Ini berikutan tanggapan sesetengah peminat yang merasakan bahawa semua ahli Floor 88 merupakan kaki perempuan memandangkan lagu mereka yang sering menggunakan nama wanita.

Jelas Ayie, lagu terbaharu mereka ini hanyalah merupakan kesimbungan daripada single pertama yang menjadi mereka yang menjadi siulan ramai iaitu Zalikha.

“Saya harap peminat tak anggap kami ini kaki perempuan memandangkan lagu kedua pun nama Aqilah.

“Lagu itu dicipta sekadar untuk kesinambungan daripada lagu pertama iaitu Zalikha. Ia hanya watak imaginasi yang diilhamkan oleh pemain gitar, Zai,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Tambah Ayie, lumrah menjadi pemuzik di zaman ini, mereka pada mulanya agak bimbang sekiranya single kedua mereka ini tidak mendapat sambutan ramai seperti lagu perkenalan mereka.

Malah Floor 88 turut mengambil inisiatif untuk merakamkan lagu lain sebagai simpanan sekiranya lagu Aqilah tidak berjaya menambat hati pendengar.


“Pada awalnya, kami sangat takut nak keluarkan single kedua ini. Bimbang tidak dapat sambutan seperti lagu Zalikha.

“Tapi kami ada perancangan dimana kalau lagu itu tidak berjaya, kami akan cuba keluarkan single yang lain pula,” ujarnya.

Oleh sebab itu, menurut Ayie, mereka jelas terkejut dan tidak sangka apabila lagu tersebut mendapat sambutan memberangsangkan walaupun baru sahaja dilancarkan Isnin lalu.

“Memang luar jangkaan kami. Tak sangka dapat sambutan biarpun baru sahaja dilancarkan pada Isnin lalu.

“Alhamdulillah, kami bersyukur ramai peminat suka dengan lagu terbaru itu,” kata Ayie.

Selain Ayie, kumpulan Floor 88 turut dianggotai Floor 88 turut dianggotai Zai Hamzah (gitar utama), Amir (gitar kedua), Akram (dram), Eric Fuzi (keyboard) dan Falique (bass).

Video muzik Aqilah yang dimuat naik di YouTube Isnin lalu kini sudah mendapat lebih 830,000 tontonan walaupun baru sahaja dilancarkan dan kini menduduki tempat kedua dalam carta Trending di YouTube. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori