Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

KPN Sahkan Polis Siasat...

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan pihaknya...

Pengundi Sungai Kandis Diminta...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan semua pengundi Dewan Undangan Negeri...

Zul Ariffin Akui Sudah...

RAMAI yang sudah mengesyaki bahawa hubungan Zul Ariffin bersama Gayatri mungkin sudah berakhir setelah...

23 Sekolah Di 6...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 23 sekolah di enam daerah...

Foto Afghanistan Tahun 1950, 1960 Bakal Kejutkan Anda!

JIKA ditanya negara mana yang anda enggan kunjungi, mungkin Afghanistan termasuk dalam senarai itu.

Iyelah, siapa yang berani masuk negara yang sedang bergolak dalam peperangan sejak bertahun-tahun lamanya.

Selain berdepan dengan konflik peperangan, negara ini juga tersenarai antara negara termiskin dan kedua paling sengsara di dunia. Kedengaran menyedihkan bukan?

Bagaimanapun, anda mungkin akan terkejut sekiranya melihat gambar negara Afganistan pada tahun 1950-an dan 1960-an.

Ini kerana situasi Afganistan kini jauh lebih mundur daripada zaman dahulu.

Pada tahun 1950-an dan 1960-an, Afganistan mengalami permodenan dalam negara mereka sehingga gaya hidup mereka turut berubah menjadi lebih liberal.

Malah, banyak bangunan moden dibina seiring dengan proses kemajuan negara.

Pada waktu itu, Afganistan banyak dipengaruhi oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sehingga negara itu banyak menerima bantuan ketenteraan dan kewangan.

Bagaimanapun, kemajuan telah dihentikan pada tahun 1970 ekoran berlaku satu siri rampasan kuasa yang menyebabkan berlaku konflik peperangan yang berterusan sehingga hari ini.

Jom kita lihat kemodenan Afganistan pada tahun 1950 dan 1960…. – MYNEWSHUB.CC


Kategori