Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Thailand Minta Kerjasama Malaysia...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima serpihan telefon bimbit yang...

Ahli Parlimen BN Kena...

PANDAI Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan berhujah dan berbahas di Dewan Rakyat semalam.Paling hebat...

Stacy, Akim Pilih Februari...

PASANGAN selebriti Akim Ahmad dan tunangnya, Ummu Shaikah atau lebih dkenali sebagai Stacy...

Najib Amat Berpuas Hati...

KUNDASANG - Datuk Seri Najib Tun Razak amat berpuas hati dengan operasi menyelamat...

Gabungan Parti Besar, Kecil Tak Bagus Untuk Bentuk Kerajaan

SHAH ALAM – Gabungan parti selepas pilihan raya membabitkan parti besar dan kecil bagi memperoleh majoriti membentuk kerajaan tidak akan berfungsi dengan baik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini disebabkan parti kecil terbabit akan menuntut pelbagai perkara untuk dirinya.

“Jika dia meninggalkan gabungan, kerajaan akan runtuh. Gabungan seperti itu tidak begitu baik untuk mana-mana negara,” katanya dalam ucaptamanya bertajuk ‘System of Government’ (Sistem Pemerintahan) di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur yang disiarkan secara langsung secara dalam talian pada Selasa.

Sidang itu turut disertai bekas Timbalan Perdana Menteri Turki, Dr Emrullah Ishler; Setiausaha Agung Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, Dr Abd El-Razzak Makri; bekas Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Mesir, Dr Amr Darrag dan bekas Menteri Luar Tunisia, Dr Rafik Abdessalem.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir dalam ucaptamanya mengambil contoh di Malaysia mempunyai gabungan parti yang diwujudkan sebelum pilihan raya berlangsung.

“13 parti bersatu membentuk gabungan dan memutuskan mana-mana kawasan mereka akan (bertanding untuk) mengisi seorang daripada parti dalam gabungan.

“13 parti akan menyokong calon itu walaupun sudah tentu terdapat parti yang tidak menyokong calon yang datang bukan daripada parti mereka,” katanya.

Ahli Parlimen Langkawi itu bagaimanapun berkata, parti-parti itu tetap meletakkan sokongan mereka, bekerjasama serta menyokong antara satu sama lain dan memenangi kebanyakan pilihan raya.

“Selama 60 tahun, Malaysia mempunyai gabungan kerajaan daripada 13 parti dan negara kekal stabil dan berfungsi dengan baik,” katanya.


Dr Mahathir turut berpendapat, sistem terbaik dalam demokrasi hanya mempunyai dua parti.

“Apabila anda mempunyai dua parti, satu atau yang lain akan menang. Berbanding jika anda mempunyai banyak parti, tidak semestinya mereka mempunyai majoriti. Sistem dua parti hampir berjaya di negara barat.

“Di England, anda mempunyai Parti Konservatif melawan Parti Buruh dan di Amerika Syarikat Republikan menentang Demokrat serta banyak negara mempunyai dua parti,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir dalam ucapannya menganggap sistem demokrasi merupakan sistem yang baik.

“Bagaimanapun, jika ia di tangan pemimpin yang buruk, sistem ini boleh disalahgunakan. Dan orang akan mula berfikir bahawa mereka mesti menyingkirkan pemimpin yang telah menyalahgunakan sistem itu.

“Tetapi untuk menyingkirkan pemimpin itu bukannya mudah. Dia mempunyai kekuatanya sendiri, memiliki sandarannya sendiri dan akan memerintah negara walaupun menjadi tidak popular. Di negara lain, ini boleh berlaku,” katanya. – Sinar Harian

Kategori