Galeri Seni Ilham Mamat Khalid Bakal Direalisasikan Di Ipoh

TAPAH – Sebuah galeri seni bakal diwujudkan di kawasan Kampung Kuchai di Ipoh bagi merealisasikan rundingan dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan Allahyarham Mamat Khalid sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, galeri berkenaan akan memberi nilai penambahan kepada produk pelancongan negeri, khususnya di Pekan Lama, Ipoh.

“Sebelum ini kita ada jalankan usaha sama dengan Allahyarham Mamat Khalid di mana beliau telah menguruskan Sarang Hub di Tanjung Malim.

“Paling terbaharu kita telah membuat rundingan melalui Majlis Bandaraya Ipoh untuk membangunkan semula kawasan di Kampung Kuchai.

“Itu masih lagi dalam perbincangan kerana perkara yang tidak diduga (Mamat Khalid meninggal dunia) ini telah berlaku… kita akan melihat bagaimana untuk teruskan dengan rancangan itu,” katanya.

Nolee Ashilin berkata demikian selepas mewakili Menteri Besar Perak merasmikan Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2035 (Penggantian) di Dewan Merdeka di sini, pada Khamis.

Allahyarham Mamat menghembuskan nafas terakhir pada 12.30 tengah malam Ahad lalu akibat serangan jantung di Hospital Slim River.

Beliau sebelum itu pengsan di restorannya di Sarang Art Hub di Tanjung Malim sebelum dikejarkan ke hospital.

Sepanjang kerjaya seninya, Allahyarham Mamat telah menghasilkan banyak filem yang berjaya di pasaran seperti Hantu Kak Limah, Zombie Kampung Pisang, Mak Laksa, Rock Oo Rock Bro dan banyak lagi.

Menurut Nolee Ashilin, perbincangan semula berhubung galeri itu akan melibatkan Datuk Bandar Ipoh dan waris Allahyarham Mamat.


“Kebanyakan tanah di Kampung Kuchai milik persendirian dan banyak warisan atau Kampung Melayu yang bermula di situ masih lagi dikekalkan.

“Kita lihat kawasan itu boleh dibangunkan sebagai tarikan kerana berada dengan kluster pelancongan Pekan Lama Ipoh termasuk ‘river side’,” jelas beliau.

Nolee Ashilin turut memberitahu, sebelum ini, kerajaan menerima mendapat banyak permintaan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengekalkan kawasan kebudayaan tersebut.

“Banyak NGO memohon kita lakukan sesuatu tetapi kekangannya ialah ia bukan tanah milik kita,” kata Nolee Ashilin lagi.

Sementara itu, beliau berkata, Draf Rancangan Tempatan itu memberi tumpuan pada tiga perkara iaitu pendidikan, pelancongan dan sumber jaya.

“Antara ketiga-tiga itu ia menjadi teras untuk pelan pembangunan di sini dan akan memberi lebih pembangunan ke arah daya mampan untuk masyarakat,” ujarnya.

Justeru, katanya, sektor pelancongan akan menjadi aktiviti ekonomi utama di daerah tersebut.

Di samping memperkasakan bidang pendidikan, penyelidikan dan penggemblengan kepada industri sumber jaya perlu diberi perhatian khusus untuk menyemarakkan lagi perkembangan ekonomi. – Astro AWANI

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...