PELAKON Faye Kushairi menafikan dakwaan bahawa dia akan berlahwin dengan pengarah, Azmi Hatta yang juga merupakan bekas suami Elly Mazlien dalam masa terdekat.
Ia tercetus menjadi tular selepas dia memuat naik gambar ibu bapanya sedang menulis kad jemputan di akaun Instagramnya.
Jelas Faye, kad tersebut merupakan kad jemputan majlis ulang tahun kelahiran anak saudaranya dan bukannya kad perkahwinan seperti yang didakwa di laman sosial.
“Kad jemputan itu merupakan undangan sambutan hari lahir anak saudara saya pada 7 April akan datang. Saya belum nak kahwin,” kata Faye kepada Harian Metro.
Menurut Faye, dia dan Azmi masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk melangsung perkahwinan mereka walaupun ada perbincangan berkaitan perkara tersebut.
Tambahnya, jika mereka ingin mendirikan rumah tangga, dia tidak akan merahsiakannya kerana mahu berkongsi perkara yang baik itu bersama rakan media dan peminat.
“InshaAllah jika sudah ada tarikh yang sesuai, saya akan umumkan kepada semua pihak. Walaupun sebelum ini saya tidak berkongsi hal peribadi.
“Tetapi lepas apa yang berlaku, saya fikir lebih baik jika saya kongsikan,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC