Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Proses Damai: Israel Bukan...

NEW YORK - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Jumaat berkata, Israel memutuskan untuk...

Video: Budak Lelaki 5...

VIDEO seorang budak lelaki berusia 5 tahun yang sedang membawa sebuah motosikal jenis skuter...

Peserta Dewi Remaja Tersungkur...

“BUKAN masalah kasut tapi pentas itu tidak stabil dan karpet yang digunakan berlubang,”...

Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah...

KUALA LUMPUR - Pengecualian bayaran faedah untuk moratorium pinjaman bank bagi tempoh tiga...

Gambar Kucing PM Curi Tumpuan Netizen

JARANG kita melihat sisi lain di sebalik kesibukan tugas beliau mentadbir negara tercinta ini.

Mungkin ada yang masih belum tahu, pemimpin negara kita Datuk Seri Najib Tun Razak amat gemar dan sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah SAW iaitu kucing.

Menerusi akaun sosial Instagram, Perdana Menteri telah ‘mencuri’ tumpuan ramai netizen apabila beliau memuat naik gambar salah seekor kucing milik dirinya.

Gambar kucing berkenaan yang digelar ‘Simba’ itu dimuat naik pada malam Sabtu lalu.

“Kucing saya ini namanya Simba. Bila kita hendak ambil gambar dia, bukan main pandai bergaya. Nampak sahaja garang, sebenarnya comel dan manja,” tulis beliau.


Gambar itu menerima banyak tanda suka dan ramai pengguna media sosial turut memuji kecomelan Simba.

“Wow… bulu si Simba ni kuning keemasan,” komen @norlidajrkadir.

Sementara itu @dineedono pula kembali mengulang keterangan tentang Simba: “Bila kita nak ambil gambar dia, bukan main pandai bergaya. Nampak saja garang sebenarnya comel dan manja 😂😂.” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori