Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Anak Sharifah Aini Selamat...

Akhirnya Haji Aliff Omar Ali iaitu anak tunggal Biduanita Negara ,Allahyarham Datuk Sharifah...

Sokong Potong Elaun Menteri

SHAH ALAM - Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mempunyai pendapat tersendiri mengenai cadangan...

Sultan Johor Mahu Exco...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mahu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan...

MSN Melaka, Badan Menembak...

MELAKA - Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka dan Persatuan Menembak Melaka menjalinkan kerjasama...

Undang-Undang Tak Halang Guna Ganja Untuk Perubatan

Akta sedia ada tidak menghalang penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan, jika mematuhi beberapa peraturan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata demikian dalam jawatan bertulis di parlimen, menjawab soalan ahli parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut Khairy, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 tidak melarang penggunaan ganja untuk tujuan perubatan.

Bagaimanapun, produk yang mengandungi ganja perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) seperti yang ditetapkan oleh Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 bawah Akta Jualan Dadah, kata Khairy.

Ganja-Mynewshub

“Pengimport juga perlu mempunyai lesen dan permit import bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, Akta Racun serta Akta Dadah Berbahaya.

“Penjualan atau pembekalan runcit untuk rawatan perubatan bagi pesakit terpilih hendaklah dijalankan oleh pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 atau ahli farmasi berdaftar dengan lesen Jenis A kepada individu tertentu berdasarkan preskripsi yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar,” katanya.

Tambahnya, jika terdapat pihak yang mempunyai bukti saintifik mencukupi untuk menggunakan ganja untuk perubatan – mengambil kira kualiti, keselamatan dan keberkesanan – permohonan mendaftar produk boleh dikemukakan kepada DCA.

Produk itu, katanya, akan dinilai dan didaftarkan bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 untuk dipasarkan di Malaysia.

Katanya, ganja juga dikawal selia bawah Konvensyen Tunggal mengenai Dadah Narkotik 1961 dan disenaraikan bawah Jadual I konvensyen itu.


Terdahulu, Syed Saddiq meminta Kementerian Kesihatan menjelaskan pendirian Malaysia mengenai penggunaan hem atau ganja perubatan sebagai ubat alternatif, kerana ia telah dilaksanakan di banyak negara asing dan diiktiraf oleh komuniti perubatan antarabangsa.

Perubatan-Mynewsub

Sebelum ini, status ganja perubatan di Malaysia masih belum jelas, malah pengedar juga berdepan hukuman mati kerana memilikinya.

Membalas jawapan Khairy di Twitter, Syed Saddiq berkata dia kagum dengan jawapan parlimen terhadap soalannya.

“Ini adalah proses membuat keputusan berasaskan data dan sains. Ganja perubatan dibenarkan apabila prasyarat dipenuhi.

“Jika ia boleh dibuktikan melalui sains, ia boleh didaftarkan dan kerajaan akan memudahkan,” ciap Syed Saddiq. – MALAYSIAKINI

IKUT TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

HANGAT DIBACA >> ‘Raja Dadah’ Seperti Pablo Escobar Bakal Muncul Di Malaysia?

TURUT VIRAL >> Graduan Berniqab Pertama Dalam Sejarah 900 Tahun Universiti Oxford

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori