Gara-Gara Belum Habis Order, Lelaki Amuk Di McD

SATU rakaman video menyaksikan seorang pelanggan yang berang dengan staf McDonald’s dan bertindak memaki dan memarahi mereka menjadi tular di laman sosial.

Insiden yang berlaku Khamis lalu di sebuah cawangan McDonald’s di sebuah pusat beli-belah di Hougang, Singapura itu melihatkan seorang lelaki yang nyata tidak berpuas hati dengan servis daripada staf francais makanan segera itu.

Punca sebenar kemarahan lelaki berbaju hitam itu tidak diketahui, namun menerusi video berkenaan, ia mungkin disebabkan oleh juruwang McDonald’s itu yang meminta bayaran sebelum lelaki tersebut habis membuat pesanan.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca dari salah faham dan apabila staf berkenaan cuba meminta maaf, lelaki itu enggan bertenang, sebaliknya mempersoalkan kualiti servis di premis makanan itu.

“Beginikah servis di McDonald’s? Anda beritahu saya,” teriaknya sebelum salah seorang staf di restoran itu meminta maaf berkali-kali.

“Jangan minta maaf dengan saya. Saya sangat marah. Saya belum habis order, duit duit duit, Apa ni? Salah faham? Asyik-asyik tanya, mana duit? Mana duit?” tambahnya.

Setelah pengurus restoran berkenaan memohon maaf, lelaki tersebut masih tidak berpuas hati dan meminta untuk bertemu pihak atasan bagi memastikan staf wanita itu diambil tindakan.

“Apa awak nak buat dengan dia? Saya nak tengok apa tindakan yang awak semua nak ambil keatasnya. Atau awak ada pihak atasan yang boleh cakap dengan saya?

“Awak siapa, pengurus restoran? Saya mahu bercakap dengan pengurus cawangan ini,” pintanya yang boleh didengari dalam video tersebut.

Dalam rakaman berdurasi 1 minit 34 saat itu, pelanggan tersebut masih gagal mengawal kemarahannya sambil turut mengatakan yang dia mempunyai wang untuk membayar ais krim yang dipesannya.

“Awak fikir saya tak ada duit ke nak bayar ais krim?” tegasnya sebelum seorang pelanggan wanita di sebelahnya bertindak bercakap sesuatu dengan staf restoran makanan segera itu.


Menerusi info di media sosial, lelaki tersebut akhirnya diberikan ais krim yang dipesannya sambil staf di McDonald’s berkenaan meminta maaf sekali lagi.

Tindakan lelaki tersebut menimbulkan kekecohan di restoran makanan segera itu nyata tidak mendapat reaksi positif dari netizen, dengan rata-rata dari mereka mengecam perbuatannya.

Bro, kalau anda boleh bayar ais krim paling mahal di dunia pun, kalau ada sikap sebegini, anda sebenarnya manusia termiskin dalam dunia. Miskin budaya dan adab,” tulis Wendy Tan.

“Dah minta maaf kan? Apa lagi yang kau nak? Pasal ais krim je pun nak kecoh,” tulis seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama Saya Aban.

Gambar Hiasan

Dalam pada itu, pihak McDonald’s turut mengeluarkan kenyataan mempertahankan stafnya dengan mengatakan tiada siapa layak menerima makian seperti yang dilihat dalam video berkenaan.

“Kami ambil maklum kejadian yang berlaku di restoran kami.

“Pekerja kami berusaha untuk melakukan yang terbaik setiap hari untuk melayan pelanggan dengan berhati-hati, kami juga berharap bahawa sebarang salah faham yang tidak diingini dapat diselesaikan dengan baik.

Kami percaya bahawa dalam apa jua keadaan, pekerja kami, sama seperti mana-mana manusia, harus diperlakukan dengan hormat, dan tidak sepatutnya dilayan seperti yang digambarkan dalam video tersebut,” tulis kenyataan itu memetik Channel News Asia.

Walaupun ada kata pepatah yang mengatakan pelanggan sentiasa betul, ia ternyata tidak boleh dipakai dalam konteks ini.

Syabas kepada staf-staf restoran berkenaan yang masih mampu kekal tenang walaupun dimaki sebegitu teruk sekali. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...