Garis Panduan Hiburan Tak Beri Imej Terengganu Negeri Taliban

KUALA TERENGGANU – Garis panduan berkaitan hiburan, kebudayaan dan pelancongan yang akan diwartakan tahun depan tidak akan memberi imej negatif kepada Terengganu seperti “negeri Taliban”.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, garis panduan itu sebaliknya akan melonjakkan lagi sektor pelancongan di Terengganu kerana menonjolkan keunikan hiburan dan budaya patuh syariah.

“Takkan timbul persepsi negatif seperti itu apabila Terengganu melaksanakan garis panduan berkenaan…pelancong datang ke Terengganu bukannya nak buat maksiat sebab tempat asal mereka lebih bebas nak buat apa saja maksiat.

“Pelancong datang ke Terengganu sebab nak tengok persekitaran (alam semula jadi), budaya negeri kita…apa yang istimewa ada di negeri kita yang duduk dalam keadaan memenuhi tuntutan Islam.”

Beliau menjawab soalan tambahan Roslee Daud (BN-Bukit Besi) yang ingin tahu apakah impak garis panduan itu kepada sektor pelancongan dan pemain industri dalam sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.

Menjawab soalan tambahan Rozi Mamat (BN-Telemong) mengenai pandangan kerajaan negeri berhubung aktiviti senamrobik secara terbuka, Satiful berkata, Terengganu tidak mengekang aktiviti itu, namun ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan seperti kedudukan lelaki dan wanita ketika ia berlangsung.

“Sebab itu kita galakkan agar lebih ramai jurulatih lelaki mengajar senamrobik ini…untuk wanita pula mereka boleh menjalankan aktiviti itu di kawasan tertutup.”

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, Terengganu berjaya merekod jualan sebanyak RM1.064 juta melalui Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2019.

“Dalam Pameran MATTA yang pertama pada Mac lalu, hasil jualan ialah RM708,501 manakala dalam penyertaan kedua pada September, hasil jualan ialah RM355,189.

“Selain itu, banyak promosi dibuat termasuk secara bersepadu melibatkan 4 negeri, iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu dan Johor…kita optimis lebih ramai pelancong akan datang ke Terengganu sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.”

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...