BANDAR SERI BEGAWAN – Jika di Malaysia kecoh apabila ada tokoh pro-Pakatan Harapan (PH) bertindak biadab mahu kerajaan baharu hapus institusi tahfiz dengan beri pelbagai alasan bodoh.
Bukan itu sahaja, tiada lagi peruntukan disalur kepada pengusaha pusat tahfiz sebagai mana era Barisan Nasional (BN) sebelumnya, berbanding ada pula bajet untuk bantu sekolah Cina persendirian yang memang sedia kaya-raya.
Namun lain beza di Brunei apabila kerajaan negara kecil di Borneo itu terus perkasa institusi tahfiz sejajar dengan ideologi rasmi negara iaitu ‘Melayu Islam Beraja’ yang dicetuskan pemerintahnya, Sultan Hassanal Bolkiah sendiri.
Terbaharu media tempatan melaporkan, baginda berkenan berangkat meninjau lebih dekat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) di Jalan Tutong, di sini kelmarin dalam lawatan dibuat secara mengejut.
Institut tersebut diwujudkan pada 1993 lalu hasil idea Sultan Brunei sendiri dan pernah ditadbir oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebelum diambil alih Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei mulai tahun 2006.
Baca: Tiba-Tiba Saudi Mula Rapat Brunei, Jauhi Malaysia
Kunjungan tidak berjadual Sultan Brunei itu adalah bagi meninjau segala prasarana blok pengajian dan bangunan institut berkenaan di samping prihatin dengan kesejahteraan tenaga pengajar dan pelajar institusi tahfiz tersebut.
Keberangkatan baginda yang tidak dirancang itu dijunjung oleh Pemangku Pengetua ITQSHHB, Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit serta tenaga pengajar, pegawai dan kakitangan serta pelajar ITQSHHB.
Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato Seri Setia Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud. Sejurus tiba, baginda melawat kelas pengajian, pejabat pentadbiran dan fasiliti akademik yang ada di institut itu.
Selain itu, Sultan Hassanal Bolkiah juga berkenan mengadakan lawatan bagi meninjau kemudahan yang disediakan di ITQSHHB antaranya surau dan asrama di samping ke dewan kuliah bagi mengadakan sesi perbincangan tertutup.
Baca: Brunei Perkasa Sistem Beraja Daulat Islam
Sebelum berangkat meninggalkan institusi tersebut, Sultan Brunei berkenan menerima junjung ziarah daripada tenaga pengajar, pegawai dan kakitangan serta pelajar institut berkenaan sambil berswafoto mesra dengan mereka.
Asrama ITQSHHB yang dihuni oleh 173 lelaki dan 175 pelajar perempuan itu juga menyediakan kemudahan lain seperti dewan makan pelajar. Mereka juga dididik supaya lebih berdikari dan berdisiplin sepanjang sesi pengajian.
Setiap pelajar yang tinggal di asrama namun mereka dibenarkan untuk balik ke rumah seminggu sekali serta hari-hari kelepasan awam dan ini dirangka untuk dapat menyesuaikan diri dalam suasana pembelajaran lebih kondusif.
Keberangkatan baginda pada lawatan itu memberi peluang untuk menyaksikan sendiri inisiatif di ITQSHHB dengan lebih dekat, di samping memastikan setiap dasar berkaitan pendidikan dilaksana secara berkesan. – Mynewshub.TV