Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

K’jaan Beri Subsidi Ubat...

BUTTERWORTH - Kerajaan memberi subsidi bagi ubat-ubatan bernilai antara RM49 hingga RM69 bagi...

Penyokong Bersih 4 Ingkari...

KUALA LUMPUR - Para penyokong perhimpunan Bersih 4 meneruskan rancangan untuk mengadakan demonstrasi...

Bila Ekonomi Pulih, Saya...

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kekal dengan pendiriannya untuk tidak menerima gaji bagi jawatan...

Cadangan Naikkan Elaun Kritikal...

JOHOR BAHRU - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mencadangkan kenaikan elaun...

Gelaran ‘Datuk Seri’ Eizlan Pun Kena Kecam!

SUDAH menjadi perkara lazim di Malaysia apabila individu yang banyak berjasa sama ada dalam bidang politik, sukan, hiburan, akademik mahupun ekonomi akan dikurniakan gelaran kebesaran kepadanya.

Selasa lalu, empat figura terkenal tanah air telah diberi penghargaan dengan penganugerahan gelaran Datuk dan Datuk Seri kepada iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Eizlan Yusof, Adi Putra dan Jovian Mandagie.

Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu dilakukan bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang diadakan di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, pagi tadi.

Menurut laporan beberapa portal, Siti dan Eizlan telah menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Aktor hebat, Adi Putra telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, manakala pereka fesyen Jovian Mandagie pula telah menerima gelaran Datuk selepas dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP).

Baca: Siti Nurhaliza Kini Bergelar Datuk Seri

Difahamkan, Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat bagi mencemar duli mengurniakan darjah kebesaran itu kepada 101 penerima keseluruhannya.

Bagaimanapun, perkara tersebut secara tidak langsung telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang terus-menerus mempersoalkan apakah jasa dan bakti Eizlan terhadap negara sehingga dikurniakan gelaran berkenaan.


Hmm..Kalau Siti dan Jovian bolehlah lagi diterima kerana nampak jugalah kehebatan mereka dalam usaha bantu membangunkan negara.

Tapi kan kalau dah orang nak bagi gelaran tu dekat kita takkan nak tolak? Terima je lah dengan hati terbuka kan.

Apa-apapun sama-samalah kita tunggu apa kata Eizlan sendiri berkaitan perkara ini ya! – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori