Gempa Bumi Kuat Landa Sempadan Myanmar-India

NEW DELHI : Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda kawasan sempadan Myanmar-India pada awal pagi ini, menurut Pusat Seismologi Kebangsaan India.

Laman sesawang Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) pula memaklumkan, gempa bumi itu boleh dirasai di Chittagong di Bangladesh sehingga sejauh Kolkata, Bengal Barat, Tripura dan Assam di timur India.

Menurut catatan seorang saksi di laman sesawang EMSC, gempa yang berlaku sangat kuat dan dirasai sehingga Chittagong di Bangladesh, yang terletak kira-kira 184 kilometer (km) ke barat titik gempa.

EMSC pada mulanya memaklumkan gempa itu berukuran 5.8 pada skala Richter sebelum mengubahnya kepada 6.1.

Pusat Seismologi Kebangsaan India memaklumkan, titik gempa dikesan kira-kira 140 km ke tenggara Aizawl di timur laut India, pada kedalaman 12 km.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...