Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Bauksit: Pengusaha Patuhi Arahan...

KUANTAN - Tidak ada sebarang pelanggaran arahan moratorium yang dilakukan pemandu lori dan...

Video: Cara Unik Pemain...

PEMAIN bola sepak kelab Ajax Amsterdam ternyata mempunyai satu cara yang unik dalam...

Ribuan Buku Nikah Dicuri,...

JAKARTA: Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) dan Keluarga, Kementerian Agama, memaklumkan ribuan buku...

PM Ucap Takziah Mangsa...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan...

GPS Mampu Menang Semua Kerusi Jika Bergerak Satu Pasukan

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menang di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, 18 Disember depan, kata Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata, perkara itu boleh dicapai sekiranya gabungan parti itu bergerak dalam satu pasukan.

“Jika kita berjuang di medan perang (pilihan raya) dengan satu semangat dan satu pasukan, kita boleh sapu semua 82 kerusi,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran jentera GPS bagi PRN Sarawak di sini, malam ini.

Abang Johari berkata, jentera GPS harus membawa mesej untuk membantu rakyat semasa keluar berkempen dalam PRN ke-12 itu, kelak.

“Kita keluar dan terus berjuang demi Sarawak. Sama-sama kita bergerak dengan satu nada, satu irama dan satu lagu. Ini tanggungjawab kita semua,” katanya.


GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebelum ini berkata, GPS akan bertanding di semua 82 kerusi DUN Sarawak pada PRN akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak pada 6 Disember, pengundian awal pada 14 Disember dan hari pengundian pada 18 Disember.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori