Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Gajah Mati Lemas Selepas...

TAMAN NEGARA NAGARHOLE, India - Seekor gajah ditemui mati tersangkut pada satu pagar...

KPDNHEP Pantau Pembelian Panik...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan pemantauan...

Media Prima Beli Anak...

KUALA LUMPUR - Media Prima Digital Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh tidak...

Bank Islam & Bernama...

KUALA LUMPUR - Bank Islam Berhad (Bank Islam) akan menganjurkan kembara harta karun...

H5N1: Masak Ayam Kena Lebih 70 Darjah Celsius

PUTRAJAYA – Virus penyakit selsema burung H5N1 akan musnah jika daging ayam dimasak dengan sempurna iaitu pada suhu melebihi 70 darjah celsius.

Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyeru masyarakat memastikan daging ayam yang mahu dimakan dimasak pada suhu yang secukupnya.

“Kementerian Kesihatan mengambil maklum keresahan orang ramai sama ada ayam di Kelantan selamat dimakan.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ayam adalah selamat dimakan sekiranya ia dimasak pada susu melebihi 70 darjah celsius,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas kes selesema burung dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bharu, Kelantan apabila beberapa ekor ayam kampung di kawasan itu mati disahkan positif selesema burung.

Noor Hisham dalam pada itu berkata, terdapat sebanyak empat lokasi didapati positif H5N1 di Kelantan iaitu di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok.


Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan ke atas hampir 4,000 manusia dalam lingkungan 300 meter radius di kawasan ayam mati mendapati tiada kes H5N1.

Jelas beliau, tanda-tanda jangkitan selsema burung adalah demam melebihi 38 darjah celsius, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan letih lesu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mendekati/menguruskan bangkai ayam mati khususnya di kawasan wabak sebaliknya memaklumkan kepada jabatan haiwan berhampiran,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori