Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pengangkutan L.O.R.D Untuk Wanita

KUALA LUMPUR - Setelah mendengar banyak cerita mengerikan mengenai rompakan, gangguan atau serangan...

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau...

Pelarian Perlu Ke Negara...

MALAYSIA sudah terlalu banyak memberikan suaka kepada pelarian, kata bekas Perdana Menteri, Tun...

3 Februari Kes Lucut...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 3 Februari tahun...

Hamidin Dilantik Presiden FAM Ke-7

PETALING JAYA – Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang ketujuh bagi baki penggal 2017-2021 secara rasmi hari ini.

Pelantikan Hamidin menggantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menerajui kerusi panas itu diisytiharkan secara rasmi pada Kongres FAM ke-54 di sebuah hotel di sini.

Bekas Setiausaha Agung badan induk bola sepak itu menang tanpa bertanding selepas dua pencabarnya telah membuat keputusan menarik diri

Mereka ialah bekas Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Insititut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

“Rasa sungguh kerdil apabila menjadi rakyat marhaen yang pertama memegang jawatan ini. Tugas berat menanti saya… saya beri jaminan tidak ikut telunjuk mana-mana individu seperti dakwaan beberapa pihak demi pembangunan bola sepak negara,” katanya ketika menyampaikan amanat pertamanya selaku presiden.


Turut hadir mantan Presiden, Tunku Ismail yang juga Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Kerusi panas itu menjadi kosong selepas TMJ melepaskan jawatan tersebut pada Mac lalu. – BERNAMA

Kategori