Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dewan Ulama PAS Pusat...

KUALA LUMPUR - PAS pernah membuat kajian terperinci mengenai Perlembagaan Barisan Nasional (BN)...

Malaysia Mahu Bukti Kukuh...

TOKYO – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan Malaysia mahu bukti kukuh menunjukkan...

“Nur Fitri Kena Kahwin”...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Kelantan menyokong supaya pelajar Malaysia Nur...

SOP Lengkap Dos Penggalak...

PUTRAJAYA - Prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan jemaah lengkap dua dos vaksin...

Hampir 50 Peratus Rampasan Dadah Di Kelantan Babitkan Empat Jajahan

KOTA BHARU : Hampir 50 peratus rampasan dadah di Kelantan dari awal Januari hingga semalam, berlaku di empat jajahan yang bersempadan dengan negara jiran, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Beliau berkata daripada 9,678 kes yang direkodkan sebanyak 4,719 kes dilakukan di Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli.

“Jumlah keseluruhan rampasan pelbagai jenis dadah di empat jajahan tersebut adalah kira-kira RM53.07 juta berbanding tahun lalu, iaitu kira-kira RM37.1 juta dengan 6,048 orang ditahan.

“Antara jenis dadah yang paling banyak dirampas adalah syabu, pil kuda, heroin dan ‘heroin base’ (yang akan diproses semula).


“Kesemua kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, polis Kelantan akan memperketatkan kawalan dengan lebih agresif di kawasan yang dikenal pasti bagi menggelak bekalan dadah bolos ke daerah atau negeri lain.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori