Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4 Warga Nepal Sokong...

Kuala Lumpur : Polis menahan empat warga Nepal dipercayai individu yang videonya tular...

455,839 Calon Duduki SPM...

KUALA LUMPUR - Seramai 455,839 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Kutuk Kicap Bumiputera, Azwan...

SELEBRITI sensasi Azwan Ali bakal berhadapan tindakan saman oleh syarikat pengeluar kicap milik Bumiputera,...

Kementerian Pengangkutan Digesa Kawal...

KOTA KINABALU - Kementerian Pengangkutan digesa mengawal ketat harga tiket penerbangan antara Sabah,...

“Hanya Peminat, Mona Bukan Kekasih Saya” – Shahir

HUBUNGAN cinta mereka umpama timbul tenggelam, tetapi mungkin dua artis ini lebih selesa memilih untuk berahsia dan tidak mahu memperbesarkan perkara itu.

Hakikatnya semua maklum Shahir Zawawi sebelum ini dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta bersama dengan bekas Miss World Malaysia 1992, Erra Fazira.

Baca: Makin Terbuka, Erra & Shahir Sedondon Berbaju Hijau

Juga: Ada Sebab Kenapa Shahir ‘Hilang’ 3 Tahun Lepas

Namun, disebabkan tiada pengakuan rasmi daripada kedua-dua mereka, kini timbul pula gosip lain yang mana gambar Shahir bersama seorang wanita tersebar di Internet.

Gadis itu dikenali sebagai Mona Syamimi Samsudin dan merupakan seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan terkemuka di Malaysia.

Gambar itu menunjukkan ‘kemesraan’ mereka yang telah dimuat naik sendiri oleh Mona dan sekali gus membuatkan netizen beranggapan bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Tetapi perkara itu telah disangkal oleh Shahir sendiri dan menganggap bahawa hubungannya bersama gadis itu hanya sebagai seorang artis dengan peminat sahaja.

“Saya mahu jelaskan, dia adalah antara penyokong kerjaya artis Akademi Fantasia (AF). Saya seorang daripadanya, maka hubungan itu atas dasar peminat dan artis semata-mata.

“Saya tak ambil serius hal ini. Tapi orang yang membaca atau melihat mungkin akan salah tafsir dengan keterangan yang ditulisnya.

“Saya anggap keterangan gambar itu hanya luahan dia (Mona) kepada artis yang diminati. Jika diikutkan, ada peminat lain yang letak kapsyen seumpama itu kepada artis pujaan,” kata Shahir dipetik daripada Berita Harian.

Pemuda berusia 29 tahun yang berasal dari Kampar, Perak itu tidak mahu memberi sebarang komen mengenai kapsyen yang telah digunakan oleh gadis itu dan menganggap ianya hanya perkara kecil sahaja.


“Kurang pasti apa motifnya menulis kapsyen itu. Mungkin dia berniat bergurau. Saya pula tak mampu nak kawal hal begini.

“Cuma biasanya orang cepat percaya dan menjatuhkan hukuman dan kami juga baru kenal sejak sebulan yang lepas apabila dia sering memberi sokongan sepanjang konsert AF Megastar berlangsung,” katanya lagi kepada mStar Online.

Menurut apa yang ditulis oleh Mona menerusi akaun Facebook miliknya, ia seakan-akan menunjukkan seperti mereka sedang bercinta.

Gadis itu juga kelihatan telah memberi sokongan kepada Shahir ketika konsert penentuan kelayakan ke pusingan akhir Akademi Fantasia Megastar baru-baru ini.

Sedangkan tuan empunya badan pun dah menidakkan kontroversi tu, jadi tak perlu lah lepas ni ada yang mengatakan kononnya mereka sedang hangat bercinta.

Ketika ditanyakan mengenai penerimaan Erra tentang gambar yang tersebar itu, Shahir tidak mengulas panjang kerana dia tahu primadona itu pasti tidak cepat melatah.

“Hati wanita mana yang mungkin tak terusik. Tapi saya percaya dengan pengalamannya di pentas seni, dia memahami permainan begini,” tambahnya lagi.

Shahir juga mengakui bahawa dia berasa sedikit tertekan dengan isu remeh yang tiba-tiba muncul ini. Harapnya selepas ini Shahir dapat memberikan fokus yang sepenuhnya pada konsert akhir Akademi Fantasia Megastar pada Ahad ini. – MYENWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori