Harga Ayam Naik 30 sen, Bekalan Didakwa Berkurangan

JOHOR BAHRU : Harga ayam di bandaraya ini naik 30 sen bermula hari ini kepada RM9.80 sekilogram (kg) berikutan bekalannya yang didakwa berkurangan kebelakangan ini.

Tinjauan di pasar basah sekitar Tampoi dan Perling, di sini, mendapati peniaga ayam mula menurunkan harga lama RM9.50 sekilogram bagi digantikan dengan harga baharu sejak pagi tadi.

Peniaga ayam, Samsul Bahari Anuar , 42, berkata kenaikan harga ayam itu tidak dapat dielak berikutan pembekal gagal memenuhi pesanan bekalan ayam yang diminta berikutan stok ayam terhad.

Katanya, kebiasaannya setiap peniaga ayam membuat pesanan ayam antara 100 hingga 200 ekor setiap hari, namun kini hanya dibekalkan 40 hingga 50 ekor ayam, sehari.

“Kenaikan harga ayam 30 sen setiap kg sepatutnya bermula semalam, namun peniaga termasuk saya tidak sampai hati melihat pelanggan merungut.

“Pembekal mendakwa selain masalah harga dedak yang kekal tinggi, penternak juga mengalami masalah pekerja yang tidak mencukupi di ladang menyebabkan pengeluaran ayam dari ladang menjadi semakin berkurangan.

“Pendapatan peniaga ayam turut merosot paling teruk ketika ini kerana hanya mampu dapat untung bersih 70 hingga 80 sen setiap kilogram ayam. Ia berbanding ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami mampu dapat untung bersih RM1.50 bagi setiap kg ayam,” katanya ketika ditemui di lot niaganya, hari ini.

Sementara itu, harga hasil laut terutama ikan dan udang turut dikesan naik mendadak di bandaraya ini.

Peniaga hasil laut yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Peng, 52, berkata ia berikutan musim tengkujuh yang menyebabkan ombak tinggi menjadikan bekalan produk berkenaan semakin berkurangan.


Katanya, kenaikan harga hasil laut ketika musim tengkujuh juga tidak dapat dielakkan berikutan stok bekalan segar yang tidak banyak diperoleh daripada pembekal.

“Kebiasaannya setiap kali musim tengkujuh harga hasil laut akan naik antara RM3 atau lebih. Antara ikan yang naik harga termasuklah kembung batu kini berharga RM12.58 sekilogram berbanding hanya RM10 sebelum ini.

“Harga udang naik paling tinggi ketika ini. Udang kecil yang sebelum ini hanya RM14 sekilogram naik RM8 kepada RM22 sekilogram, manakala udang sederhana sebelum ini RM25 sekilogram naik RM7 kepada RM32,” katanya.

Sementara itu, pengguna, Mohd Fairuz Azali, 38, yang juga pemandu lori berkata, harga barangan basah terutama ayam dan ikan yang kerap kali naik sememangnya membebankan orang ramai.

“Paling ketara adalah harga ayam yang sebelum ini hanya RM7.50 sekilogram pada PKP lalu namun kini melonjak kepada RM9.80 sekilogram.

“Saya dan isteri terpaksa meninjau harga dahulu sebelum membeli bagi memastikan perbelanjaan barangan dapur mencukupi kerana mempunyai keluarga yang besar,” katanya.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...