• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Sayur, Ayam Dijangka Stabil Januari Atau Februari Depan

oleh Mohd Arshad
11/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bukit Mertajam : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan harga barangan keperluan termasuk sayur dan ayam akan kembali stabil antara Januari atau Februari tahun hadapan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, ia berikutan harga barangan khususnya sayur dan ayam kini mula menunjukkan penurunan.

“Berita gembira ingin saya umumkan bahawa harga barangan antaranya sayur sudah mula menunjukkan ke arah penurunan termasuk juga harga ayam.

“Faktor dan sebab penurunan harga ini mungkin berkaitan dengan pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang sedang kita laksanakan atau cuaca di tempat pengeluaran sayur sudah kembali pulih, manakala ayam pula disebabkan usaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang mengimport bekalan ayam ke negara ini,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan di tapak PJKM di perkarangan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, di sini, hari ini.

Jelasnya, walaupun harga dilihat mula turun, 2,226 pegawai penguatkuasa dan kira-kira 1,000 pegawai pemantau harga KPDNHEP akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan di lapangan terutamanya untuk memastikan peniaga mematuhi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Mengulas lanjut mengenai PJKM, Rosol berkata, program itu mungkin tidak akan disambung sekiranya harga barangan sudah kembali stabil.

“Kerajaan menetapkan program ini akan dilaksanakan sehingga Mac tahun hadapan dan sekiranya harga barang sudah kembali stabil antara Januari atau Februari mungkin ia tidak akan disambung lagi.

“Bagaimanapun jika keadaan ini berlaku lagi (harga barang naik) berterusan sehingga April iaitu ketika musim perayaan kita akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa.

“Apa yang penting sekarang adalah kita tidak mahu rakyat terkesan dengan apa yang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Rosol berkata, setakat ini PJKM sudah dilaksanakan di 15 kawasan Parlimen di seluruh negara dengan nilai jualan mencecah setengah juta.

“Sambutan program ini amat menggalakkan apabila lebih 28,000 pengunjung hadir dan ia akan terus diadakan secara berperingkat di kawasan-kawasan lain yang membabitkan 222 Parlimen secara keseluruhannya.

“Program ini diadakan kerana kerajaan cakna dan prihatin dengan masalah yang dilalui rakyat ekoran Covid-19 yang menyebabkan pendapatan mereka terjejas,” katanya.

-Harian Metro

Tags: harga ayamharga sayurstabil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Sayur Naik Hampir 3 Kali Ganda

Harga Sayur Naik Hampir 3 Kali Ganda

19/12/2025
0

KUALA TERENGGANU: Hujan berterusan dan penutupan laluan Cameron Highlands - Gua Musang antara punca utama kenaikan harga pelbagai jenis sayur-sayuran...

Harga Sayur Dijangka Naik 25 Peratus

Harga Sayur Dijangka Naik 25 Peratus

14/03/2024
0

Kuala Lumpur : Dua persatuan mewakili pengusaha sayur terbesar di negara ini menjangkakan harga sayur akan mengalami kenaikan sehingga 25...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd