Saturday, December 14, 2024

Creating liberating content

7 Suspek Dibawa Ke...

KUALA LUMPUR - Tujuh remaja yang ditahan dalam siasatan kes kebakaran pusat tahfiz...

MyDeposit Mula Dilaksana Hari...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan...

SPRM Kesan Anggota Polis...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah sedang mengesan seorang koperal...

Undang-Undang Cegah Perbuatan Menghasut...

MELAKA - Undang-undang bagi mencegah perbuatan menghasut seperti Akta Hasutan 1948 penting untuk...

Harimau Bintang Hitam Muncul Selepas 100 Tahun

NANYUKI – Seorang jurugambar hidupan liar Britain berjaya merakam beberapa keping gambar seekor harimau bintang hitam betina buat pertama kali dalam tempoh 100 tahun di Afrika baru-baru ini.

Imej haiwan pemangsa yang dikaitkan dengan status mistik itu dirakam oleh Will Burrard-Lucas, 35, ketika ia berkeliaran di bawah cahaya bulan mengambang di Kem Hidupan Liar Laikipia.

“Ia merupakan impian saya sejak kecil untuk merakam harimau bintang hitam. Selepas membuat beberapa penyelidikan dan menggunakan peralatan canggih, saya sangat teruja serta tidak percaya apabila berjaya merakam gambarnya,” kata Burrard-Lucas.

Gambar yang dirakam lelaki itu menunjukkan mata harimau bintang betina itu terbuka luas sedang mencari mangsa dengan bintik-bintik gelap kelihatan samar-samar pada bulu hitam hasil kehadiran melanin.


Variasi genetik melanin menghasilkan lebih banyak pigmentasi gelap berbanding albino yang mempengaruhi warna cerah. Harimau bintang hitam lazimnya hidup di kawasan hutan di Asia.

Haiwan pemangsa itu dirakam sebanyak lima kali di lokasi berbeza antara bulan Februari dan Mac 2018. Kali terakhir seekor harimau bintang hitam dirakam di Afrika adalah pada tahun 1909 di Ethiopia. – Agensi

Kategori