Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Karma… Berbuat Baik...

Pepatah bahasa Melayu ada menyatakan sekiranya kita berbuat baik dibalas baik dan berbuat...

“Doktor Kita Dipikat Tawaran...

JOHOR BAHRU - Malaysia bakal 'kehilangan' beratus doktor serta jurururawat berikutan tindakan beberapa...

MB Kedah Mempengerusikan Mesyuarat...

GEORGE TOWN - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah hari...

Calon PKR, Muslimin Bukan...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan...

Haron Din Tokoh Islam Berjasa Kepada Negara – PM Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata negara kehilangan seorang tokoh Islam yang banyak berjasa berikutan kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din di Amerika Syarikat, hari ini.

Perdana menteri berkata beliau rapat dengan Allahyarham dan berkongsi keinginan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang makmur.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita sedih Tuan Guru Haron Din telah kembali ke rahmatullah. Kita kehilangan tokoh Islam banyak jasa.

“Saya rapat dengan beliau, kami inginkan Malaysia negara Islam makmur. Moga roh Allahyarham Haron Din dikurnia husnul khotimah dan Al-Jannah. Al-Fatihah,” kata Najib menerusi catatan beliau dalam laman Twitter @NajibRazak hari ini.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.


Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori