Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

D5 Plat KeretaTermahal Di...

ABU DHABI - Seorang ahli perniagaan Dubai berasal dari India, Balwinder Sahani mengejutkan dunia...

Staf Imigresen Sekongkol Dengan...

PETALING JAYA - Lebih daripada 50 peratus kakitangan imigresen yang mengendalikan kaunter di...

KeTTHA, Terengganu Bincang Penstrukturan...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) akan berbincang dengan...

Kebakaran Hutan Di AS,...

LOS ANGELES - Kira-kira 613 buah rumah di Ventura County di California, Amerika...

Hebat Sultan Johor Manfaatkan Lebihan Bayaran Cukai

SULTAN Johor bertitah lebihan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bernilai RM1.4 juta bagi tahun 2019 yang diterima Baginda dikurniakan kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Baginda Tuanku Sultan bertitah YSIJ secara aktif menghulurkan pelbagai sumbangan kepada rakyat termasuk sumbangan makanan setiap minggu dan pelbagai bantuan lain.

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada LDHNM di atas pemulangan lebihan bayaran cukai ini, dimana saya akan mengurniakan wang berkenaan kepada YSIJ.

“Ini juga bagi membolehkan YSIJ terus menyampaikan pelbagai sumbangan untuk rakyat bagi meringankan beban mereka khususnya yang banyak terkesan akibat pandemik COVID-19,” titah Baginda.

Syukur alhamdulillah Daulat Tuanku! Benarlah Sultan Johor berjiwa rakyat. Wang sebanyak RM1.4 juta pasti begitu besar manfaatnya kepada rakyat.

Namun mungkin ada dalam kalangan kita terutama golongan muda yang masih belum memasuki alam pekerjaan tidak tahu apa itu lebihan bayaran cukai bolehlah teruskan membaca artikel ini.

Pada tanggal 1 Mac setiap tahun, mereka yang layak membayar cukai perlu mengisytiharkan pendapatan dan membayar cukai kepada LHDNM.

Bayaran balik cukai wujud apabila pembayar cukai telah membuat bayaran lebih daripada cukai yang sepatutnya.

Atau pembayar cukai mempunyai lebihan cukai akibat taksiran cukai yang telah dikurangkan.

Atau cukai yang dipotong daripada dividen melebihi tanggungan cukai pendapatannya dalam tahun berkenaan.

Bagi golongan pekerja atau makan gaji menjurus kepada bayaran cukai melalui Potongan Cukai Berjadual (PCB).


PCB adalah satu mekanisme potongan cukai pendapatan daripada saraan bulanan semasa pekerja mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan.

Potongan ini bertujuan untuk mengurangkan beban pekerja membayar cukai sekaligus apabila cukai dikira.

Lebihan bayaran PCB akibat taksiran cukai yang telah dikurangkan atau cukai yang dipotong daripada dividen akan dipulangkan.

Cara bayaran balik lebihan kredit akan dibuat secara automatik kepada pembayar cukai dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Bagaimanapun jika anda tidak menerima bayaran balik, anda bolehlah berbuat demikian dengan menulis surat kepada Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda.

Atau isikan Borang Maklum Balas Pelanggan http://maklumbalas.hasil.gov.my/ atau melalui panggilan telefon ke Hasil Care Line melalui talian tanpa tol 03-8911 1000 (LHDN).

Sekiranya akaun anda menunjukkan terdapat lebihan kredit bagi tahun sebelum tahun taksiran anda boleh membuat permohonan untuk menggunakan kredit tersebut bagi membayar cukai tahun semasa.

Permohonan untuk ‘set off’ boleh dibuat dengan mengemukakan surat kepada unit pungutan di cawangan di mana fail fizikal anda berada sebelum 30 April.

Jadi kepada para bakal pembayar cukai jangan bimbang sekiranya anda terlebih bayar cukai kerana LHDNM akan hanya mengutip apa yang selayakanya sahaja. – Mynewshub.TV

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori