Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Singapura Negara Keempat Termahal...

MAKIN TINGGI... Singapura berada pada kedudukan keempat sebagai bandar paling mahal di dunia...

Kuota Haji Malaysia 14,306...

KUALA LUMPUR : Kuota haji Malaysia tahun 2022 adalah 14,306 iaitu 45 peratus...

Penoreh Getah Maut Dibelasah...

SIK - Seorang penoreh getah maut selepas dibelasah dalam kejadian yang berlaku kira-kira...

Apa Kayu Ukur Kemakmuran...

KUALA LUMPUR – Apakah kayu ukur kemakmuran bersama ini? Itu persoalan pertama Naib Presiden...

Helikopter MD 530G Selesai Ujian Akhir

KUALA LUMPUR – Kesemua enam helikopter peninjau ringan bersenjata MD 530G yang dibeli untuk Kementerian Pertahanan menerusi agen iaitu Halaman Optima/Destini Prima telah selesai menjalani ujian dan pemeriksaan akhir.

MD Helicopters, Inc. (MDHI) menerusi kenyataan dalam laman media sosial memberitahu, kesemua helikopter itu kini dalam proses pemeriksaan dan dijangka tiba di Malaysia pada Mac ini.

Katanya, lapan juruterbang dan sembilan kru penyelenggaraan dari Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) telah pun selesai menjalani latihan dengan helikopter tersebut di fasiliti MD Helicopter di Mesa, Arizona.

“Helikopter MD 530G menawarkan prestasi yang terbaik pada kelasnya selain mudah diselenggara, tahan lasak dan bersedia melakukan apa jua operasi.

“MDHI berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pihak yang terlibat membantu kerajaan Malaysia memperkasakan keselamatan darat dan maritimnya,” ujar kenyataan itu.

Helikopter MD 530G merupakan variasi terkini dalam keluarga pesawat itu yang dibangunkan daripada model MD 500/530.


Antara lain, pesawat ini diintegrasikan dengan sistem sensor Wescam L3 MX10D dan sistem pengurusan persenjataan Pathfinder Ares Weapons Management System buatan Tek Fusion.

Ini bagi membolehkan pesawat mengoperasikan persenjataan seperti mesingan Dillion M134 Mini Gun, mesingan berat FN Herstal, pod pelancar roket dan pelancar roket panduan pada sisi helikopter.

Helikopter MD 530G yang berperanan untuk tugas tinjauan dan serangan udara ringan boleh dioperasikan pada waktu siang atau malam.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz semasa sesi di Dewan Rakyat sebelum ini memberitahu, penghantaran enam helikopter MD 530G sebagai aset untuk Angkatan Tentera Malaysia dijangka dilaksana pada suku pertama 2022.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori