Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Belarus Didakwa Bakal Sertai...

WASHINGTON – Sekutu kuat Rusia, Belarus, didakwa bakal menyertai perang menentang Ukraine dalam...

Deklarasi Mahathir Tidak Dapat...

KEPALA BATAS - Majlis Bersama Pemimpin, Deklarasi Mahathir gagal meraih sambutan di sini...

Petugas Kesihatan Khuatir Natijah...

KUALA LUMPUR - Gelombang keempat penularan Covid-19 di negara ini yang bermula pada...

Pembangkang, GKCM Bersatu Pertahan...

KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang dan Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) kelihatan...

Hotel, Kedai Dobi Pun Bakal Zon Bebas Rokok

TEGAS… Selain premis makanan, kawasan hotel dan pusat cucian pakaian iaitu kedai dobi juga akan dikuatkuasakan sebagai tempat larangan merokok dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dengan menegaskan, pewartaan larangan itu perlu kerana dobi dan hotel antara tempat yang dibelenggu masalah asap rokok.

“Tinjauan kementerian dapati ada yang masih merokok di kedai dobi dan hotel. Justeru, wujud kebimbangan mengenai masalah kesihatan dalam kalangan perokok pasif.

“Oleh itu, kita akan bincang untuk tambah (larangan merokok di premis awam berkaitan) dari semasa ke semasa,” kata Dzulkefly seperti dilapor Berita Harian.

Kementerian Kesihatan mula menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran, kopitiam dan pusat penjaja, malah tempat makan di ruang terbuka, di seluruh negara, bermula 1 Januari 2019.


Mereka yang didapati merokok di kawasan larangan akan didenda sehingga RM10,000 atau berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Bagi premis makanan yang didapati sengaja membenarkan pelanggan mereka merokok pula akan dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM2,500. – BH

Kategori