Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RM13.25 Juta Untuk Penempatan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan memperuntukkan sebanyak RM13.25 juta bagi tujuan penempatan semula...

MP PAS Kesal Sikap...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rantau Panjang, kesal dengan sikap Timbalan Menteri kerajaan...

Deepak Diarah Serah Notis...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan ahli perniagaan, J. Deepak untuk...

Kerajaan Sasar Tingkat Mutu...

BANGI: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyasarkan supaya mutu pendidikan negara dapat ditingkatkan ke...

Hudud PAS Punca Umat Islam Berpecah – Mufti Perlis

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU355 yang bertujuan untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini merupakan permainan politik parti PAS.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, hukum hudud sebenarnya telah lama dipermainkan oleh PAS setiap kali menjelang pilihan raya hingga mengundang permusuhan antara umat Islam di negara ini.

“Apabila kita sebut cadangan pindaan RUU 355, kita hendaklah tahu bahawa ia satu usul yang dibawa oleh sebuah parti politik. Usul itu telah dimainkan secara politik.

“Parti politik berkenaan juga selama ini memperkatakan isu hudud sejak sekian lama terutama menjelang pilihan raya. Hasil isu hudud yang pernah dimainkan sejak dahulu pelbagai peristiwa permusuhan antara umat Islam telah berlaku.

“Berlakunya kafir-mengkafir sejak sekian lama, dua imam, bercerai suami-isteri, enggan makan sembelihan sesama muslim, memutuskan silaturrahim antara keluarga dan tumpah darah sesama umat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

RUU355 yang dibentangkan PAS di Dewan Rakyat dikecam hebat Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Pakatan Harapan berpandangan RUU355 merupakan taktik halus PAS untuk melaksanakan hukum hudud yang kuno dan bercanggah dengan hak asasi manusia serta Perlembagaan Negara.

PAS bagaimanapun menegaskan RUU355 cuma bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah dalam aspek hukuman yang boleh dikenakan ke atas pesalah zina dan sebagainya.

Mohd. Asri dalam pada itu berkata, PAS mengamalkan aliran politik yang tajam ke atas musuh politik dan ahli yang keluar parti hinggakan istilah ‘keluar jamaah cabut Islam’ bukan sesuatu yang asing bagi parti itu.


Malah, katanya, sesiapa yang berbeza dengan PAS sekalipun daripada kalangan yang bukan musuh tradisi akan menerima nasib yang tidak kurang buruknya seperti anti-ulama, anti-perjuangan Islam, musuh Islam, tali barut musuh Islam dan seumpamanya.

“Maki hamun menjadi amalan kumpulan ini alasan mempertahankan Islam dan serang musuh Islam. Ini adalah tradisi warisan yang wajar mereka ubah jika mereka ingin melangkah ke hadapan ataupun hidup sebagai insan yang bertamadun.

“Dapatkah kita bayang jika kumpulan seperti ini menguasai politik negara? Apakah akan terjadi kepada rakyat yang berbeza pandangan dengan mereka?

“Jika perbezaan pendapat itu digelar anti-Islam, maka setiap yang anti-Islam tentunya menjadi murtad jika muslim, dan menjadi kafir-harbi jika non-muslim.

“Jika undang-undang murtad dibuat dalam keadaan seperti itu, pasti ramai pengkritik politik akan didakwa atas enakmen itu. Sementara yang kafir-harbi layak untuk diperangi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori