Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Legenda ‘James Bond’ Meninggal...

LONDON - Bintang legenda Britain, Sir Roger Moore, yang terkenal dengan wataknya sebagai...

Malaysia Diaibkan Syria 3-0...

SHAH ALAM - Skuad Harimau Malaya mempamerkan aksi hambar selepas diaibkan dengan kekalahan...

“Dosa Tan Sri Khalid...

KETIKA krisis kepemimpinan Selangor kelihatan berakhir dengan upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar...

Sultan Perak Berangkat Ke...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat ke Pusat Penerimaan...

Husam Diarah Keluar Dewan Ingkar Arahan Speaker

KOTA BHARU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa diarah Speaker Datuk Abdullah Ya’kub meninggalkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan selepas mengingkari peraturan Dewan.

Perintah kepada bekas Exco kerajaan negeri itu dikeluarkan pada penghujung persidangan iaitu kira-kira lima minit sebelum sidang DUN tamat.

Tindakan itu dibuat selepas Speaker beberapa kali memberi amaran lisan kepada Husam kerana tindakannya mencelah dan mengganggu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang sedang menggulung titah Pemangku Raja Kelantan.

Husam sebelum itu bangun mempersoalkan kredibiliti Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Datuk Nassuruddin Daud yang bercakap mengenai isu sumpah, baiah dan lafaz taklik ketika sesi penggulungan.

Bagaimanapun Ahmad enggan memberi laluan.

Abdullah kemudian beberapa kali mengarahkan Husam duduk dan memberi laluan kepada Ahmad untuk menyambung penggulungannya namun terus diingkari Husam, menyebabkan beliau diarahkan keluar dewan.


Husam ketika ditemui pemberita di luar dewan berkata beliau terkejut selepas diarahkan keluar dewan namun bertekad untuk terus hadir persidangan DUN akan datang.

Sementara itu, Ahmad berkata setiap ADUN perlu mematuhi peraturan dewan kerana kerajaan memberi peluang untuk berbahas semalam, namun tidak digunakan oleh Husam untuk berbuat demikian. – BERNAMA

Kategori