Husam Dilantik Naib Presiden PAN Setelah Usul Diterima

KUALA LUMPUR – Sebagaimana sudah dijangka, Parti Amanah Negara (PAN) melantik Datuk Husam Musa mengisi jawatan Naib Presiden parti serpihan PAS itu, menurut portal AgendaDaily.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PAN, Mohd. Anuar Tahir ketika sidang media Seminar Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor – Kuala Lumpur di sini.

“Sukacitanya dimaklumkan Datuk Husam yang ketika ini hanya menjadi penasihat PAN Kelantan dilantik untuk mengisi jawatan Naib Presiden parti. Perlantikan ini adalah sebagai memenuhi usul yang diterima sebulat suara.

“Ia berkuatkuasa secara rasmi mulai hari ini,” kata Mohd. Anuar lagi. Setakat ini PAN sudah pun mempunyai tiga orang naib presiden iaitu Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Hasanuddin Mohd. Yunus dan Dr. Hassan Baharom.

Husam, 57, sebelum ini dipecat dari PAS kerana berbagai salah laku dalam parti Islam tersebut. Sebelum itu, beliau sering mengkritik PAS selepas kalah dalam pemilihan jawatan parti tersebut ketika muktamar tahunan pada 2015.

Husam sebelum ini merupakan Naib Presiden PAS yang paling kanan. Beliau yang juga ADUN Salor pernah dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan ketika era menteri besar terdahulu diterajui allahyarham Nik Abdul Aziz.

Selepas dibuang PAS, Husam menyertai PAN ketika menghadiri majlis Makan Malam Ambang Merdeka 2016 di Cyberjaya pada 30 Ogos tahun lalu dan menyerahkan borang keahlian terus kepada Presiden PAN, Mohamad Sabu.


“Kami yakin dengan pengalaman luas beliau dalam bidang politik sebagai ahli Parlimen, anggota Exco kerajaan negeri Kelantan dan ADUN akan membantu perjalanan serta perkembangan parti,” kata Mohd. Anuar lagi.

Mengulas lanjut, beliau yakin pelantikam Husam bagi mencapai matlamat PAN merampas kerajaan Kelantan yang kini dipimpin PAS. PAN merupakan komponen Pakatan Harapan diketuai DAP serta dianggotai PKR dan PPBM.

Manakala PAS setelah ‘ditendang’ DAP yang kemudian membubarkan Pakatan Rakyat, kemudian membentuk blok Gagasan Sejahtera yang disertai Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia.

Mohd. Anuar yakin Husam mampu memperkuatkan jentera PAN menghadapi pilihan raya umum: “Sejujurnya betul. Kita tidak mahu Husam hanya fokus kepada negeri sahaja tetapi nasional juga.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...