Ibu Bapa Digesa Waspada Aktiviti Air Di Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Ibu bapa digesa lebih berwaspada ketika membawa keluarga melakukan aktiviti air pada musim tengkujuh ketika ini.

Ketua Cawangan Program Kesedaran dan Keselamatan Awam Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Nik Zulkifli Ibrahim berkata sebarang kelekaan boleh mendatangkan risiko nyawa kepada diri sendiri mahupun anak-anak.

Beliau berkata terlampau banyak risiko yang boleh berlaku ketika berada di dalam air dan JBPM menyeru ibu bapa supaya peka dengan keadaan itu misalnya mengambil berat mengenai tanda amaran di setiap tempat rekreasi seperti sungai dan pantai yang dikunjungi.

“JBPM telah menyediakan banyak papan tanda berhubung amaran tersebut di setiap kawasan riadah, jadi seharusnya ibu bapa berperanan lebih tegas untuk mematuhinya,” katanya pada program terbitan Nasional FM yang membincangkan topik ‘Kesedaran Keselamatan di Air Pada Musim Tengkujuh’ di sini hari ini.

Nik Zulkifli berkata selain itu, ibu bapa juga boleh bertanya kepada penduduk setempat mengenai keadaan pantai atau sungai di lokasi dikunjungi.

Menurutnya selain pantai dan sungai, kawasan tali air juga adalah lokasi berisiko dan sering menjadi tempat kanak-kanak bermain.

Bernama-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...