Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KJ Diamanah Rangka Struktur...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan UMNO memberi mandat kepada Ketua Pemuda...

Bekalan Air Kembali Pulih...

BELURAN - Seramai 272 penduduk di Kampung Muanad 1 dan 2 kini boleh...

VIDEO: Bapa Dikecam Sanggup...

Sudah menjadi lumrah seorang bapa gemar bergurau dan bermain dengan anak terutama ketika...

Ardern Perdana Menteri Paling...

RAKAMAN video Jacinda Ardern sebagai antara perdana menteri paling popular menyenaraikan pencapaian kerajaan...

Pejabat Imigresen & KPDNKK Dipecah Masuk

ALOR SETAR – Selepas gagal memperoleh barang berharga di pejabat Jabatan Imigresen Kedah di Tingkat Dua Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Anak Bukit di sini, sekumpulan pencuri kemudian bertindak memecah masuk pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di bangunan yang sama.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd. Rozi Jidin berkata, kejadian dipercayai berlaku pada tengah malam tadi dan hanya disedari kakitangan kedua-dua pejabat berkenaan ketika memulakan tugas pagi tadi.

“Hasil pemeriksaan mendapati pencuri tersebut berjaya melarikan wang tunai hampir RM2,000 dalam kejadian di bangunan yang terletak bertentangan di Bangunan Wisma Persekutuan tersebut.

“Kami turut menjumpai beberapa kesan cap jari di kedua-dua pejabat berkenaan dan tindakan mengesan suspek sedang dijalankan. Sehingga kini kami masih belum membuat sebarang tangkapan,” katanya.


Mohd Rozi berkata, sistem kawalan yang longgar memberi peluang kepada pencuri untuk memecah masuk ke dua pejabat tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun penjara dan denda. – BERNAMA

Kategori