Ibu Sahkan Mayat Anak Menerusi Tanda Lahir – Amidon

KUALA LUMPUR – Ada beberapa perkara berhubung pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin yang tidak dapat didedahkan kepada umum berikutan keperluan menjaga sensitivi keluarga mangsa.

Bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Bukit Aman, Amidon Anan ketika berkongsi pengalaman ketika beliau mengawal selia kes berprofil tinggi itu mengakui perkara yang sensitif berkenaan hanya boleh diperoleh pihak berkuasa.

Bercerita mengenai proses pengecaman mayat, Amidon berkata hanya ibu mangsa yang berada di hospital.

“Polis perlu membuat pengecaman sebelum proses bedah siasat dan seterusnya pengecaman oleh waris terdekat,” kata Amidon dalam temu bual bersama Astro AWANI, di sini hari ini.

Katanya, hasil pengecaman membuktikan mangsa mempunyai tanda lahir pada bahagian paha.

“Saya lahirkan dia dan saya tahu ini adalah anak saya – itu kata ibu Nurin Jazlin, Norazian Bistaman kepada saya sewaktu proses pengecaman mayat pada waktu itu,” kata Amidon.

TANDA LAHIR IDENTITI PENTING

Amidon mendedahkan, penemuan tanda lahir pada bahagian anggota badan mangsa merupakan pengecaman identiti penting disebabkan arwah tidak memiliki apa-apa dokumen ketika ditemui.

Nurin Jazlin, 8, dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, kira-kira pukul 8 malam, 20 Ogos 2007.


Arwah yang menghidap komplikasi buah pinggang dan darah tinggi dilaporkan hilang ketika keluar berseorangan untuk membeli sepit rambut di pasar malam itu.

Mayat Nurin Jazlin ditemui dalam beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya.

Media tempatan melaporkan hasil bedah siasat menyatakan jangkitan bakteria telah menyumbang kepada kematian mangsa.

Ketika kejadian, ibu bapa Nurin Jazlin tidak dapat mengenal pasti mayat itu sebagai anak perempuan mereka kerana perubahan dalam ciri-ciri fizikal kanak-kanak terbabit.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpendapat keputusan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak wajar dipersoal oleh bapa Nurin Jazlin.

Musa pada ketika itu merupakan Ketua Polis Negara ketika kejadian kes pembunuhan kejam, Nurin Jazlin, 14 tahun lalu. – Astro AWANI

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Pameran Batu Permata Dan Barang Kemas Bertaraf Dunia Di KL

KUALA LUMPUR : Pameran Batu Permata dan Barang Kemas Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIGJE’ 22)...

GPS Mampu Menang Semua Kerusi Jika Bergerak Satu Pasukan

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menang di semua 82 kerusi Dewan Undangan...

9,356 Pegawai, Anggota Polis Siap Siaga Hadapi PRN Sarawak

GOMBAK - Seramai 9,356 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sudah bersiap siaga menghadapi...

Subsidi Haji Untuk Yang Layak Saja

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) mencadangkan subsidi haji diperuntuk secara bersasar, bukan secara...

Shahidan Dijangka Umum Sekatan Penjualan Arak Pada Khamis

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada...

Agensi Kerajaan, GLC Diseru Guna Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua agensi atau syarikat...

RTK-Antigen, RT-PCR Mampu Kesan Varian Omicron – Khairy

SHAH ALAM : Ujian pengesanan COVID-19, menggunakan RTK-Antigen dan RT-PCR adalah berkesan untuk mengesan...