DEWASA ini, fenomena lelaki yang mementingkan penampilan segak bergaya bukan lagi perkara baharu di Malaysia.
Malah jika sebelum ini hanya pilihan warna baju dan seluar sahaja yang dititik beratkan, kini mereka juga sangat mementingkan fesyen dan warna rambut.
Apatah lagi stail rambut lelaki sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Sekitar awal tahun 2000 fesyen ala-ala K-Pop, Mohawk dan Spiky menjadi pilihan ramai di negara ini. Adakala rambut-rambut mereka diwarnakan dengan warna menarik seperti merah, coklat dan keemasan. Mereka juga cenderung untuk pergi ke salun-salun rambut yang mahal dan ternama.
Perubahan trend masa kini, dilihat lebih ke arah kesederhanaan namun tetap meletakkan gaya sebagai pilihan nombor satu.
Sejak kebelakangan ini, kedai gunting rambut ‘stail barber’ semakin mendapat tempat dalam kalangan remaja mahupun mereka yang berkerjaya. Walaupun kedai gunting seperti ini tidak mengenakan caj yang mahal, namun hasil guntingan setanding dengan salun rambut eksklusif.
Baca: Independent Barber, Kedai Gunting Rambut Terbaik Di Cheras
Hasil guntingan mereka juga dilihat amat digilai oleh kaum adam hari ini. Pompadour, antara stail yang paling ‘laris’ dan hampir kebanyakan barber di Malaysia mempunyai kemahiran tinggi dalam membentuk dan menghasilkan stail ini. Namun perubahan masa mungkin akan menyaksikan stail pompadour tidak lagi mendapat tempat di kalangan kaum lelaki akan datang dan digantikan stail lain pula.
Oleh itu, sekiranya stail yang sedia ada pada masa kini tidak lagi ‘relevan’ di masa akan datang, anda semua terutamanya kaum lelaki bolehlah mencuba sesuatu yang baharu dan lebih santai seperti gambar-gambar yang disediakan di bawah;
Mungkin gambar-gambar di atas dapat memberikan inspirasi kepada semua kaum adam di luar sana, untuk tampil lebih berani dan bergaya bagi memulakan tahun 2016.
Namun sama ada stail terbaharu ini mahu pun terus dengan stail rambut yang dirasakan selesa sekarang, segalanya bergantung kepada pilihan seseorang invidu itu sendiri.
Selamat mencuba! – MYNEWSHUBCC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=QaDshXU3Q3g]