Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

2 Lagi Suspek Periksa...

SEREMBAN - Polis hari ini berjaya menahan dua lagi lelaki yang disyaki memeriksa...

Banjir Di Rompin Tidak...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Rompin pagi ini tidak banyak berubah apabila...

58 Sertai WDP Dilantik...

KUALA LUMPUR - Seramai 58 orang wanita yang dilatih khas di bawah Program...

Perancang Utama Penipuan Pakej...

KUANTAN - Polis menahan perancang utama kes penipuan tawaran pakej umrah membabitkan 21...

Ikan Kembung Lebih Baik Daripada Salmon

UNIK… Bagi sesetengah orang, mungkin pelbagai jenis ikan setempat dibuat lauk seharian kurang menyelerakan ‘lidah’ berbanding menikmati juadah ikan ‘import’ yang jauh lebih mahal.

Ini lebih-lebih lagi dengan makanan antarabangsa hidangan Jepun sashimi tuna ‘bluefin‘, atau pasta berserta ikan salmon dibakar cara ‘Western‘ semakin mendapat tempat di ‘tekak’ masyarakat sekarang khasnya generasi muda.

Namun ini tidak bermakna ikan tempatan perlu dipandang remeh. Laman berita terkenal Indonesia, Merdeka.com melaporkan, ikan kembung sebenarnya mempunyai kandungan khasiat yang amat tinggi dibandingkan salmon.

Menurut portal itu lagi, kandungan khasiat seperti protein, Omega-3, vitamin B12, vitamin D, fosfor, vitamin B2 (Riboflavin), vitamin B6 dan selenium yang terdapat dalam ikan kembung lebih tinggi daripada ikan salmon.

Khabar gembira ini turut disokong oleh Pengarah Pemasaran, Ketua Jabatan Pengawasan Sumber Daya Kelautan dan Perikanan, Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia, Machmud ketika dihubuni Merdeka.com.


“Ikan kita itu banyak sekali. Tapi masyarakat masih belum sedar khasiat ikan tempatan. Kita juga punya banyak sekali kepelbagaian ikan. Bayangkan, kalau ikan tempatan selalu kita sosialisasikan,” kata beliau.

Natijahnya, jangan pandang sebelah mata ikan ‘harga murah’ di pasar. Kadang-kadang ikan yang kurang ‘glamour’ itulah yang mempunyai kandungan khasiat lebih tinggi untuk kesihatan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori