Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

PBS Kekal Dicalonkan Bagi...

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) akan kekal meletakkan wakil dari Parti Bersatu...

H5N1: JPV Bayar Pampasan...

KOTA BHARU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) membayar pampasan sebanyak RM413,004.60 kepada 1,034...

Tindakan Tegas Pada Penyebar...

GEORGE TOWN - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Permukaan Tanah Tak Stabil...

KUALA LUMPUR - Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang (ProLintas) mengesahkan kejadian kren tumbang...

Iklan Jualan Syabu Di Papan Tanda, Hentian Bas

KUALA LUMPUR – Tindakan melampau apabila terdapat tokan dadah berani menampal poster iklan berkaitan penjualan syabu dan ganja secara terbuka di kawasan awam.

Iklan menawarkan dadah kepada orang ramai itu dikesan sengaja ditampal di dinding, papan tanda awam dan hentian bas di sekitar ibu kota sehingga menarik perhatian orang ramai.

Tindakan itu meresahkan orang ramai yang membaca iklan itu lengkap disertakan nombor telefon dan alamat individu perlu dihubungi jika berminat membeli dadah serta ganja.

Salah seorang pengadu, Mohd. Yunus Abdullah, 34, berkata, dia terkejut apabila mendapati iklan itu ditampal di hentian bas berhampiran Transit Aliran Ringan (LRT) Miharja, di sini.

Menurutnya, poster itu menyatakan individu yang mahu membeli ganja atau syabu boleh menghubungi nombor telefon individu dikenali sebagai Wong. – myMetro Online

Kategori