Thursday, June 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Umum Langkah Bantu...

KUALA LUMPUR - Lembaga Getah Malaysia (LGM) menjelaskan harga getah asli di Malaysia...

Ahmad Zahid Dilepaskan Tanpa...

Kuala Lumpur : Selepas 77 hari dibicarakan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...

Aminuddin Nafi Tolak Streram...

SEREMBAN – Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun hari ini menafikan kononnya Cabang...

Indonesia Jamin Jerebu Tahun...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Indonesia memberi jaminan bahawa masalah jerebu pada tahun ini...

Imam Muda Ammar Buat Permohonan Maaf Isu Vaksin

SEJAK beberapa hari ini, isu pengambilan vaksin atau imunisasi menjadi topik hangat diperkatakan rakyat Malaysia.

Semuanya bermula apabila akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dari Melaka, 7, meninggal dunia pada Sabtu seleps dijangkiti bakteria difteria berpunca kerana tidak mengambil suntikan imunisasi.

Lebih hangat, seseorang pendakwah yang dikenali sebagai Imam Muda Ammar telah memuat naik satu posting memperlekeh pengambilan vaksin dengan mendakwa vaksin tidak akan membantu melambatkan kematian seseorang.

BACA: Imam Muda Dikritik Hebat Kerana Status Antivaksin

Status kontroversi itu terus membuatkan orang ramai menghentamnya dan menyifatkannya sebagai individu antivaksi.

Status itu turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya.

Ekoran tidak tahan dihentam dan dikritik teruk, Iman Muda Ammar akhirnya bertindak menutup akaun Facebook miliknya itu.

Pun begitu, menerusi akaun yang diberi nama ‘Hamba Berdosa’, Ammar telah memuat naik satu status permohonan maafnya secara terbuka.

Jelasnya, dia bukanlah individu antivaksin dan status yang ditulis sebelum ini sebenarnya ditujukan kepada seorang kenalan Facebooknya yang seolah-olah menafikan kekuasaan Allah.

Imam Muda Ammar Buat Permohonan Maaf Isu Vaksin

Imam Muda Ammar Buat Permohonan Maaf Isu Vaksin


Imam Muda Ammar Buat Permohonan Maaf Isu Vaksin

“Tulisan sindiran itu timbul daripada perasaan marah kerana tulisan seseorang yang saya baca di Facebook dimana tulisan itu seolah-olah menafikan kuasa Allah.

“Vaksin adalah asbab dan perantara, tetapi segalanya dengan izin Allah.

“Mungkin saya perlu menghadiri kelas agar lebih tepat maksud yang ingin disampaikan.

“Setiap manusia sering melakukan kesilapan, jadi maafkan saya,” tulisnya.

Selain itu, Ammar turut memberitahu, dia telah membuang gelaran ‘Imam Muda’ yang diterimanya atas saranan ramai dan memohon tidak melibatkan rakan Imam Muda yang lain.

Di bulan Ramadan ini, sama-samalah kita bermaaf-maafan dan jauhilah segala sengketa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori