Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aishah Akui Kahwin Lagi...

RASANYA nama penyanyi lagu Janji Manismu seakan-akan 'hilang' daripada industri hiburan tanah air...

Kadar Guna Air Terawat...

KLANG – Kadar penggunaan air terawat di Selangor pada masa kini adalah 250...

Najib Mengaku Tak Bersalah...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak...

K’jaan Setakat Ini Belanjakan...

MARAN - Kerajaan setakat ini membelanjakan kira-kira RM800 juta menerusi Majlis Keselamatan Negara...

Inap Desa Jadi Sarang Pelacur

ALOR SETAR – Taktik warga asing menjadikan rumah inap desa sebagai sarang pelacuran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa terbongkar selepas premis di Taman SP Height, Sungai Petani itu diserbu Jabatan Imigresen negeri, malam tadi.

Dalam Op Mega 4.0 bermula tengah malam sehingga jam 5 pagi itu, seorang lelaki dan wanita warga Myanmar tidak sempat melarikan diri, manakala seorang lelaki warga Nepal ditahan ketika cuba melarikan diri dengan memecahkan tingkap bilik inap desa berkenaan.

Wanita Myanmar terbabit dipercayai menjadikan rumah inap desa berkenaan sebagai tempat menjalankan kegiatan tidak bermoral itu sejak beberapa bulan lalu, dengan mengenakan bayaran serendah RM30 sejam kepada pelanggan yang kebanyakan warga asing.

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin, berkata secara keseluruhan seramai 26 warga asing diperiksa di lima lokasi berasingan sekitar Sungai Petani.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai sembilan warga asing pelbagai warganegara ditahan di empat rumah sewa dan inap desa kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

“Mereka yang ditahan ini adalah lima warga Indonesia termasuk bayi lelaki, dua lelaki, dua wanita dan seorang bayi lelaki warga Indonesia, Myanmar (2) dan Vietnam (2) berusia antara sembilan bulan hingga 41 tahun.


“Ketika operasi ini, seorang wanita warga Indonesia cuba menyorok di bawah selimut di bahagian dapur rumah bagi mengelak ditahan, namun tindakannya gagal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zuhair berkata, pemeriksaan awal mengesan semua warga asing terbabit tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan sah.

Menurutnya, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik untuk siasatan lanjut. – BH Online

Kategori