Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pendingin Hawa Berpusat Hospital...

PUTRAJAYA - Sistem pendingin hawa berpusat di Hospital Selayang yang mengalami kerosakan sejak...

Ringgit Tak Perlu Ditambat...

KUALA LUMPUR - "Ringgit tidak perlu ditambat kepada dolar AS walaupun pada masa...

Rakyat Malaysia Tak Lagi...

KUALA LUMPUR – Atas sebab keselamatan terutama ancaman daripada militan pelampau Islamic States...

Namakan Isteri Calon Tunggal...

PETALING JAYA - Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi secara sinis membidas...

India Cipta Rekod Dunia Tuala Wanita Terpanjang

UNIK… Ratusan peserta sebuah kongres perubatan di India catat rekod dunia Guinness baharu bagi barisan tuala wanita terpanjang, dalam langkah bertujuan promosi kebersihan diri ketika haid.

Seramai 500 peserta Kongres Obstetrik dan Sakit Puan Seluruh India (AICOG) ke-62 dilaporkan berjaya mengambil masa selama tujuh setengah jam untuk meletakkan 10,105 tuala wanita dalam barisan sepanjang 1,078 meter.

Acara di Bangalore, selatan India itu disahkan secara rasmi oleh pegawai rekod dunia Guinness dan peserta juga memasukkan bentuk rahim di bawah slogan ‘Tiada lebih comel berbanding rahim anda’.

“Tuala wanita diperlukan untuk kebersihan mereka. Ini juga penting kerana jika tidak, ia punca jangkitan bahagian pelvis, saluran kencing dan semua masalah di bahagian itu,” kata pakar sakit puan, Geeta Pramod Shanbhag.

Menurut laporan Tinjauan Kesihatan Keluarga Kebangsaan yang diterbitkan pada 2017, cuma 58 peratus wanita India yang berusia antara 15 hingga 24 tahun menggunakan kaedah perlindungan haid itu, lapor akhbar Hindu.


Sekitar Julai tahun lalu, India menarik balik cukai kontroversi ke atas tuala wanita susulan kempen diketuai aktivis dan bintang Bollywood untuk meningkatkan pendidikan dan memperkasakan kebajikan wanita tempatan.

Satu kajian oleh WaterAid dan UNICEF mendapati lebih satu pertiga gadis di rantau Asia Selatan tidak datang sekolah ketika haid. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori