Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PKR Label PTG, Kastam...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) melabelkan pegawai Jabatan Kastam Diraja...

Iskandar Malaysia Ambil Kira...

ISKANDAR PUTERI – Iskandar Malaysia perlu bersedia untuk memudahkan transformasi baharu, yang bermakna...

Menteri Mohon Masa Untuk...

KENINGAU - Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong meminta rakyat khususnya...

Individu Rasuah Sultan Johor...

PUTRAJAYA - Individu dipercayai cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berhubung anugerah...

Indonesia Hargai Bantuan Malaysia Setiap Kali Ditimpa Musibah

JAKARTA – Indonesia menzahirkan penghargaan kepada Malaysia yang sering membantu negara itu setiap kali ditimpa musibah bencana alam.

Penghargaan itu disampaikan Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Doni Monardo kepada Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Zainal Abidin Bakar, dalam satu pertemuan di ibu pejabat BNPB pada Rabu.

“Terima kasih kepada Malaysia melalui Duta Besar Datuk Zainal Abidin Bakar kerana telah banyak membantu Indonesia dalam rangka pemulihan atas rentetan kejadian bencana alam yang terjadi pada waktu dua dekad ini.

“Mulai dari bencana gempa dan tsunami di Aceh (tahun 2004), gempa di Padang (2009), gempa di Nusa Tenggara Barat, gempa dan tsunami di Palu (2018) serta kebakaran hutan dan ladang,” kata Doni.

Berkenaan isu jerebu akibat kebakaran hutan dan ladang di Indonesia yang turut menjejaskan Malaysia pada Ogos dan September lepas, Doni berkata Indonesia telah melakukan segala-galanya dalam menangani isu itu termasuk bertungkus-lumus dalam operasi memadam, mencegah dan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau syarikat yang sengaja melakukan pembakaran terbuka.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata Malaysia akan sentiasa menyokong Indonesia dalam menangani jerebu dan bersiap sedia membantu dan bekerjasama menangani isu kebakaran hutan itu.

Kategori